7 Sebab Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang yang Salah

by - September 13, 2013

Assalamualaikum and hi semua!
Pernah terfikir tak kalau orang itu bukan jodoh kita, kenapa Allah temukan kita dengan dia sebelum ini? Yakinlah bahawa ada hikmah di sebaliknya.


Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah....

1) Supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya.

2) Supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.

3) Supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah & Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan untuk kehidupan masa akan datang.

4) Supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

5) Supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.

6) Supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7) Supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya.

Mudah-mudahan hati kita lebih tenang dengan sentiasa bersyukur dan bersangka baik terhadap Allah. Syukur Alhamdulillah. ^_^

Sumber : JomBerita.Com

You May Also Like

2 7 Comments

  1. Sy selalu bertemu dgn org yg salah...nsib sy malang sgt.lebih malang bile kali ni sy brtemu dgn seorg lelaki yg dh merosakkan maruah sy.pd mulanya sy sangka dia x seperti lelaki2 lain yg sy knl sblm ni.tp rupenye dia lebih teruk. Skrg sy rse hdup sy dh xbrgne.tak smpai hati sy nk tpu lelaki lain ttg diri sy skrg. :(

    ReplyDelete
  2. @Anonymous
    Jangan bersedih dear..kembali bertaubat kepada Allah dan perbaiki diri kita ke arah yg lebih baik. InsyaAllah Allah akan pertemukan kita dengan lelaki yang lebih baik yang dapat terima segala kekurangan diri kita.
    Peringatan untuk diri saya juga.

    ReplyDelete