Kelebihan GLA Dalam Supplement

Assalamualaikum and hi semua!
Kebanyakan supplement yang aku ambil mesti ada GLA. Tapi aku tak tahu apa itu GLA? Apa kelebihannya? So lepas baca beberapa artikel mengenai GLA, baru aku faham sedikit sebanyak tentang GLA ini. Hari ni aku nak share sikit tentang kelebihan GLA yang terdapat dalam supplement.

GLA atau nama panjangnya Gamma Linolenic Acid adalah merupakan asid lemak Omega-6 yang boleh memberi kesan yang kuat ke atas kesihatan manusia.

Sumber-sumber GLA :
Evening primrose oil
Black currant seed oil
Borage seed oil


Beberapa kajian klinikal awal menunjukkan bahawa GLA mungkin berguna untuk keadaan seperti berikut :

1) Diabetes
Pesakit diabetes tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. GLA meningkatkan fungsi saraf dan boleh mencegah sakit saraf akibat kencing manis. Dos harian yang disyorkan untuk pesakit diabetes adalah 480 mg GLA setiap hari.

2) Kanser Payudara
Satu kajian mendapati bahawa wanita dengan kanser payudara yang mengambil GLA mempunyai tindak balas yang lebih baik untuk tamoxifen (sejenis ubat yang digunakan untuk merawat estrogen sensitive breast cancer) daripada mereka yang hanya mengambil tamoxifen.

3) PMS
Sesetengah wanita mendapati gejala PMS mereka semakin berkurangan apabila mengambil GLA supplements.

4) Osteoporosis
Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang yang tidak mendapat cukup beberapa asid lemak yang penting (terutama EPA dan GLA) adalah lebih cenderung mengalami kerapuhan tulang daripada mereka yang mempunyai paras normal dalam asid lemak.

Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan GLA ini. Kalau nak baca selanjutnya, boleh klik link yang terdapat di Sumber Rujukan di bawah.

Sumber Rujukan : LifeExtension, University of Maryland Medical Center, Jeff & Bonnie Story

0 7 Comments:

Post a Comment


up