Selamat Datang ke Dunia Baru, Dahlia Fayha!

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ni time lunch break tadi aku pergi rumah Kak Siti, salah seorang staf kat department of PQRE ni.
Tujuan pergi rumah dia sebab nak tengok baby dia. Hehe.

Hi! My name is Dahlia Fayha Firdaus. Just call me Yaya. Nice to meet you! ^_^

Yaya sangat comel! Pipi tembam! Rasa nak cubit-cubit je.....eeeeeeee....ok over sangat kan! Haha! Btw, 27 September ni genap la umur Yaya 3 bulan! Yayyyy! ^_^
Ni antara gambar yang sempat aku snap before balik ke office.

Gambar atas belah kanan tu gambar dia jelir lidah. Kemain dia jelir lidah kat kita yang nak ambil gambar dia ye. Hehe.
Gambar bawah belah kanan tu kelakar sebab nampak sangat Yaya tak suka bila gambar dia diambil dengan flash. Haha. Itu kerja aunty Sofia taw Yaya! Haha!

Btw, bila tengok baby ni rasa macam aman sangat..takde langsung terlintas di fikiran tentang masalah-masalah semua. Seronoknya ada baby kan. Nak ada baby sendiri macam lambat lagi la pulak. Haha.
Ok bye!

*Aku hutang entry EPO. Huhuhu..

2 comments:


up