Seven Seas Evening Primrose Oil

by - September 08, 2013

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ni hujan turun dengan lebatnya dan menyebabkan mata ni rasa macam nak tutup je..hihi!
Btw, hari Jumaat lepas pergi ke Guardian dalam Giant Kinrara untuk pergi beli Seven Seas EPO. Tapi rasa kecewa sangat sebab promotion pack dah tamat! Huhuhu. :'(
Bila tengok harga biasa untuk satu kotak memang sangat terkejut sebab masa ada promosi, 3 kotak = +-RM50. Tapi bila promosi dah tamat, harga untuk 1 kotak = +-RM40. (Aku letak +- sebab aku tak ingat the exact price.) Tapi nampak tak perbezaannya??? Gila jauh beza harga promo dengan tak. So aku pun tak jadi la nak beli Seven Seas EPO ni.  Huhuhu. :'(

Seven Seas Evening Primrose Oil Plus Starflower Oil  1000mg with Vitamin E

Untuk pengetahuan anda, 1 kotak Seven Seas EPO ni ada 30 kapsul. Setelah makan sebanyak 6 kotak Seven Seas EPO ni, aku nak share antara kelebihan yang diperolehi. Antara kelebihannya adalah :

1) Kitaran haid terkawal
2) Tiada lagi masalah senggugut
3) Memperbaiki rambut yang kering / rosak
4) Menguatkan kuku

*Disebabkan Seven Seas ni dah tiada promotion, aku beli EPO lain pula. Haha! Tunggu next entry okay! ^_^

You May Also Like

0 7 Comments