Tips Berjaya Dalam Temuduga

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ini nak share sikit tips untuk berjaya dalam temuduga. (Berjaya la sangat! LOL!) Tips ini adalah based on my experience okay!
Jemput baca semua! Hehehe..


1) Persediaan
Persediaan itu penting dari segi resume dan knowledge. Make sure apa yang kita tulis dalam resume tu kita betul-betul tahu dan pandai nak jawab bila disoal oleh penemuduga. If ada technical test, sila jawab semua soalan. Tak kisah la jawapan tu betul ke salah, janji jawab. Make sure jawab sehabis baik. Hehehe.

2) Jujur
Setiap soalan yang ditanya oleh penemuduga tu make sure kita jawab dengan yakin. If tak tahu, cakap tak tahu. If tak ingat, cakap je tak ingat. If tak berapa yakin, cakap je "I'm not sure". LOL~

3) Yakin
Make sure confidence level tu tinggi sebab kita ditemuduga oleh orang yang bukan calang-calang orang. Memang knowledge level mereka lagi tinggi daripada kita tapi if kita yakin dengan setiap jawapan yang kita berikan walaupun mungkin tak berapa nak betul, tapi dengan keyakinan yang kita ada, boleh membuatkan mereka percaya dengan kita.

Ini adalah apa yang aku dapati dalam diri aku sendiri bila dah attend pelbagai training di Mimos dan apply masa attend interview. Aku attend interview for Software Engineer position kat satu company ni pada hari Isnin (23/9/2013). Habis je interview, penemuduga tu cakap maybe in 2 weeks baru dapat result either pass or fail.

Tapi semalam (26/9/2013), aku dapat call dari company tu dan dioffer position Software Engineer. Eh cepat betul! Tak sampai 2 minggu pun lagi. But, before accept the offer, semalam juga aku discuss dengan parents and supervisor. So hari ini aku dah ada keputusan terbaik either nak accept or reject the offer.

So semoga berjaya dalam kerjaya masing-masing! ^_^

0 7 Comments:

Post a Comment


up