6 Tips Langsing Tanpa Guna Wang

by - October 08, 2013

Assalamualaikum and hi semua!
Nak langsing tak semestinya perlu mengeluarkan duit. Banyak cara yang kita boleh gunakan tanpa mengeluarkan sesen pun. Yang menariknya, kita boleh lakukannya dalam kehidupan seharian. Menguntungkan kita daripada berbelanja beratus-ratus ringgit tapi tak sure lagi keberkesanannya. Jom cuba dulu cara-cara ini.

1) Mengayuh basikal
Time weekend or after office hour boleh la lakukan aktiviti berbasikal selama 45 minit. Kalori akan terbakar sebanyak 510. Kayuhan kaki yang terus menerus akan membentuk otot-otot.

2) Sertai sebarang aktiviti lasak
Hiking, wall climbing, white water rafting, dan aktiviti yang seumpama dengannya dapat memantapkan tubuh badan dan mengekalkan kecantikan. Untuk kesan lebih baik, lakukan aktiviti ini sekerap yang mungkin terutamanya hiking.

3) Lakukan kerja-kerja rumah
Jangan bergantung kepada khidmat pembantu rumah je. Jadikan aktiviti seperti cuci pinggan, sapu sampah dan mop lantai antara aktiviti harian yang wajib dibuat setiap hari.

4) Berkebun
Luangkan masa untuk membersihkan kawasan persekitaran. Kamu boleh menebus lalang, membakar sampah, mencangkul tanah dan menebang pokok liar. Ini antara contoh aktiviti gerakan dan senaman yang baik. Selain dapat membersihkan kawasan, ia memberi kesan yang baik kepada tubuh badan.

5) Naik kenderaan awam
Naik kenderaan awam ke tempat kerja walaupun ada kenderaan sendiri. Kamu tidak akan rugi malah jimat dari segi duit. Kenderaan awam dapat membakar tenaga dengan lebih banyak menerusi perjalanan. Kadang-kadang kamu kena berlari, menaiki tangga dan berdiri. Ini semua adalah bentuk senaman ringan.

6) Amalkan naik turun tangga
Cubalah naik turun tangga sekurang-kurangnya sekali sehari. Menaiki tangga baik untuk kemantapan bentuk paha dan betis. Selain itu, kamu dapat mengawal pernafasan dan sistem tubuh akan berjalan dengan lancar.

Tips yang paling elyn susah nak buat adalah tips no 5. Sebabnya ada banyak sebab dan malas nak tulis kat sini. LOL. Btw, selamat melangsingkan badan uols! ^_^

You May Also Like

1 7 Comments

  1. tips yang sangat menarik ni. Kalau macam saya, memang hari-hari saya minum air teh. mungkin sebab dah favourite kot. Apa yang saya buat, saya amalkan alfalfa dengan herblax, bagi memastikan semua toksin ni tersingkir dari dalam badan..

    Kalau saya makan lauk kari kegemaran saya ke, mesti lepas tu saya akan terus telan lecithin atau omega guard. Wajib. Biar rasa sedap nak makan, tapi badan kena jaga jugak.. hehe..

    Yang penting , penghasilan otot juga kena jaga. Sebab tu, saya minum ESP dengan cinch shake setiap pagi. :)

    Hidup sihat dengan cara makan yang sihat.. hehee

    ReplyDelete