7 Tips Tambah Kelajuan PC

Assalamualaikum and hi semua!
Korang ada masalah PC / Laptop slow? Jom baca 7 tips yang elyn senaraikan kat bawah ni. Mungkin boleh bantu korang selesaikan masalah tu. ^_^

1) Install Spyware and Adware Remover
Adanya adware / spyware ni memang menyusahkan. Biasanya benda ni wujud daripada email, website or software yang kita download. So korang boleh la install software Ad-Aware.

2) Install Antivirus
Even korang tak surf internet, tapi korang tetap kena install antivirus. Antara antivirus yang korang boleh install adalah seperti Norton Antivirus, McAfee VirusScan, F-Secure Anti-Virus, AVAST! Pro, dan Kaspersky. Make sure korang sentiasa update antivirus yang korang dah install tu.

Tapi kalau korang takde antivirus macam yang disenaraikan di atas, korang boleh guna yang online punya iaitu HouseCall Free Online Virus Scanner. Versi HouseCall ni telah direka untuk digunakan bersama Trend Micro World Virus Tracking Center yang akan menentukan kedudukan korang di samping mendapatkan maklumat virus terkini.

3) Kurangkan Startup
If korang ada install banyak software, sure korang punya komputer jadi slow. So korang boleh tengok list of software yang korang guna.

Klik Start -> Taip Run kat tempat search tu -> Taip msconfig -> Klik OK
Klik pada Selective startup, buangkan tanda pada Load startup items -> Klik OK
Ia akan dihentikan bila korang restart computer.

4) Guna Defrag
Bukan kereta je ada maintenance, komputer pun ada ok! Gunalah defrag untuk maintain korang punya hard disk sekali dalam sebulan.

Untuk Windows 7, korang boleh search defrag, then klik Disk Defragmenter. Klik Analyze dan ia akan melakukan pemeriksaan pada hard disk dan display the result. Then, klik Defragment disk untuk teruskan defrag. Proses ni akan mengambil masa beberapa jam dan jangan jalankan defrag time korang tengah guna komputer.

5) Guna Scandisk
Selain daripada defrag, korang boleh guna scandisk sebulan sekali. Scandisk ni adalah satu proses untuk cek hard disk secara fizikal.

Double click Computer -> Right click kat C: drive -> Klik Tools -> Tekan button Check now pada ruang Error checking.

6) Guna Open Source Software yang Penting
Selain Ad-Aware, korang boleh dapatkan software seperti TuneUp Utilities, Fast Defrag Standard dan WinPatrol. Software-software ni adalah untuk manage korang punya computer memory, hard disk, keseluruhan sistem dan juga software yang tak berapa penting.

7) Update Windows dan Driver
Windows perlu dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memantapkan dan memberi perlindungan kepada sistem komputer.

Click Start button -> click All Programs -> click Windows Update

Untuk update driver, korang kena dapatkan info terkini dari laman web pengeluar device yang korang gunakan untuk mengelakkan masalah kepada sistem komputer.

So semoga post ini dapat membantu korang untuk menyelesaikan masalah PC slow. If still slow juga after dah buat semua yang di atas, elyn rasa better korang beli je la laptop baru. Kehkehkeh. Selamat mencuba! ^_^

0 7 Comments:

Post a Comment


up