Pikat Si Dia Melalui Tarikh Lahir

Assalamualaikum and hi semua!
Hari itu elyn terbaca satu artikel mengenai pikat si dia melalui tarikh lahir. Wah! Bunyi macam menarik. So saje je la nak baca kan. Nak tengok betul ke tidak. Ada orang kata daripada tarikh lahir menggambarkan sifat cintanya. Jom baca! ^_^

1hb
Si dia berjiwa seni. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai sambil minta si dia memainkan satu lagu dengan petikan gitar khas untuk kamu. Tentu si dia terfikir kamu mempunyai cita rasa yang sama dengannya. Kira sesuailah tu!

2hb
Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga kerana si dia berjiwa romantik. Namun kamu perlu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu mungkin selepas itu barulah cinta akan berputik.

3hb
Sikap si dia sukar diramal maka kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong, apa kata kamu berkongsi minat dengan si dia.

4hb
Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu, setiap kali si dia melakukan sesuatu perkara, kamu berilah sepenuh sokongan padanya. Dengan semangat yang kamu berikan itu pastikan si dia rasakan hanya kamulah teman setianya.

5hb
Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang. Oleh itu, kamu tunjukkanlah tanda-tanda kamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-ragu memilih kamu sebagai pasangan.

6hb
Si dia umpama magnetik. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa bersama dalam keadaan susah atau senang. Mungkin si dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!

7hb
Cepat panas baran oleh itu kamu perlulah banyak bersabar dan bijak memainkan peranan agar dapat mengawal setiap situasi.

8hb
Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Dengan ini, kamu perlu pandai untuk memancingnya dengan topik-topik yang menarik agar si dia tahu yang kamu seorang yang bijak!

9hb
Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua.

10hb
Seorang yang jujur, berterus-terang dan akan berusaha mendapatkan apa yang diingininya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Caranya ialah sering kali bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang murung.

11hb
Mementingkan kerjaya ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Apa kata sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu menghadiri majlis yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si dia, jangalah terlalu memikirkan soal kerja dan dia juga perlukan rehat yang cukup. Kerja..sampai mati pun tak habis!

12hb
Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka yang pentingadalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang je. Seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong.

13hb
Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.

14hb
Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang.

15hb
Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semula jadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Sebelum mengeluarkan kata-kata, tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.

Haaa..amacam? Ada yang betul tak? Seriously 7hb dan 14hb tu tepat sekali. Adakah ia suratan atau kebetulan? Jeng jeng jeng~ Maaflah sebab ada sampai 15hb je. Next time InsyaAllah sambung sampai 31hb pula okay! ^_^

0 7 Comments:

Post a Comment


up