Tips Atasi Bibir Kering

Assalamualaikum and hi semua!
Sebelum ini elyn pernah buat post mengenai Tips Jaga Bibir. So now nak buat post mengenai Tips Atasi Bibir Kering plak. Hehe. Most of us biasanya akan hadapi masalah bibir kering ini. Termasuklah yang menulis post ini juga. Hehe. Bibir kering, lebih-lebih lagi kalau sampai pecah-pecah dan menggelupas pasti akan membuatkan penampilan kita kurang menarik. Ramai yang anggap masalah ini agak remeh dan boleh diatasi hanya dengan membasahi bibir dengan air liur. Tapi ternyata tanggapan ini salah sama sekali! Berikut ada beberapa tips yang boleh kita cuba untuk mengatasi masalah ini.


1) Kurangkan kebiasaan membasahkan bibir dengan air liur sebab ia akan membuatkan bibir kita menjadi lebih kering.

2) Elakkan daripada memakai pelembap bibir yang mempunyai perisa tertentu yang membuatkan kita asyik nak jilat bibir.

3) Elakkan daripada memakai lipstik yang tak ada pelembap.

4) Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin C.

5) Pakai pelembap bibir sewaktu tidur sebab masa ini kita tidak akan menjilat bibir.

Selamat Mencuba! ^_^

0 7 Comments:

Post a Comment


up