Majlis Merisik

Assalamualaikum dan hai semua!
Hopefully semua sihat la ye hari ini. ^_^
Gadis bertudung bawal dan berbaju kurung. Simply me! ^_^

Okay merujuk kepada tajuk di atas, majlis merisik telah diadakan pada hari ini (24/11/13) di kediaman parents aku di Taman Seremban Jaya. Merisik siapa ek? Mestilah merisik aku. Dah aku seorang je adik-beradik perempuan yang belum kahwin kat rumah tu. Hehehe.
Rasanya semua tahu yang majlis merisik ini sangat simple. Keluarga pihak lelaki datang bagi cincin belah rotan sebagai tanda merisik sambil bawa buah tangan sikit, bincang-bincang pasal majlis tunang dan kahwin, then lunch. Itu sahaja. Simple bukan? Hihihi.

Syukur Alhamdulillah. Sekarang aku dah dirisik atau di'cop' oleh seorang lelaki yang InsyaAllah bakal jadi suami aku nanti. Lepas ini kena buat persiapan untuk majlis pertunangan pula. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar. Risau juga sebenarnya sebab aku seorang yang sangat fussy. Hehehe.

Semasa keluarga pihak lelaki hendak pulang tadi, bakal tunang sempat berpesan "Belajar masak taw!" Then aku pun jawab "Ye lah.." Hehehe. Bagus juga pesanan dia tu sebab mengingatkan aku yang tak lama lagi aku kena masak untuk suami pula. Dah la aku tak pandai masak kan. Memang kena sangat la pesanan itu untuk aku. Terima kasih ye cik abang. Hihihi.

Then bakal ayah mertua pun sempat berpesan "Banyak-banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t. semoga hubungan ini kekal". InsyaAllah..aku tak lupa nak doa semua itu. Mudah-mudahan Allah berkati hubungan kami dan kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke akhir hayat. InsyaAllah. Syukur sangat dapat kenal dengan family bakal tunang yang sangat baik dan terima aku dan family seadanya. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Aminnnnn~

0 7 Comments:

Post a Comment


up