Ulangtahun ke-24

by - December 08, 2013

Assalamualaikum dan hai semua pembaca..

Masuknya 7 Disember 2013, maka elyn dah 24 tahun hidup kat bumi Allah ini. Terima kasih kepada family dan semua kawan yang wish kat FB, What'sApp dan Skype. Semoga Allah juga merahmati kalian. Aminnnn~
Syukur Alhamdulillah Allah masih memberi elyn peluang untuk menghirup udaraNya, menikmati keindahan alam ciptaanNya..Allahu Akbar. Birthday kali ini elyn tak sambut pun. Just pergi kenduri kahwin, then balik dari kenduri itu, terus pergi Nilai 3. Tujuan utama pergi Nilai 3 itu untuk mencari baju untuk majlis pertunangan elyn tak lama lagi. Tapi cari punya cari, tiada satu pun design yang elyn minat. Hurm. Kesian pula dekat my mom yang teman elyn cari baju. Huhuhu. 

Am I too choosy? Am I too fussy? The answer is YES! Bukan YES Year End Sale okay! Haha. Elyn memang cerewet bab-bab nak beli barang ini. Bakal tunang cakap elyn ini sangat teliti. Susah juga dapat orang yang sangat teliti ini kan? Hihihi. Tapi kita cuma nak yang terbaik untuk majlis kita. Itu sahaja. ^_^

Bila dah tak dapat nak beli baju yang diingini di Nilai 3, last-last cakap dengan my mom, beli kat butik je la. Sebab kat butik boleh custom made kan. Tapi nak beli kain pula malas. Bukan apa, cuma takut tersalah beli kain je. Huhuhu.

Tak apa la. Sekarang ini cuma ada 2 pilihan je. Samada nak beli kat butik or tempah baju kat tailor. Tapi sempat ke nak tempah baju kat tailor? Takut tak sempat siap je! Huhuhu. Pening..pening..

Doakan elyn dapat design baju yang elyn nak okay! Thank you! ^_^


You May Also Like

0 7 Comments