10 Tanda Dia Adalah Jodoh Kita


1) Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2) Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3) Terima seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4) Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5) Saling Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6) Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7) Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8) Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti dalam kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9) Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10) Solat Istikharah dan Tawakal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



UTM Cool Blogger List

Assalamualaikum and hi!
First question! Adakah anda seorang blogger yang pernah/sedang belajar/bekerja di UTM?
Jika jawapan anda YA, so boleh teruskan membaca.
Jika jawapan anda TIDAK, boleh baca juga dan beritahu kepada mereka yang berkenaan. Hahaha.

Okay..let's proceed.
FYI, now UTM dah buat UTM Cool Blogger List.
So basically sesiapa sahaja yang bergelar blogger, especially yang belajar/bekerja di UTM, boleh la join this community.

Apa yang best join this community?

1) Dapat tahu senarai UTM blogger. Boleh berkenalan dan bertukar-tukar pendapat. Boleh buat reunion for UTM blogger nanti! Hehehe.

2) Dapat mempamerkan yang kita sayang kat UTM by showing the badge in your blog.

3) Yang paling best, dapat kumpul achievement badge! Register je dah dapat certified UTM blogger badge macam yang saya letak kat sidebar tu. Hehehe.


How to join?

1) Wajib ada blog la! Hahaha. Kalau tak ada, pergi register cecepat dengan blogspot or wordpress or apa-apa je la platform untuk tulis blog. Hahaha.

2) Letak badge I Love UTM di sidebar/header/footer dalam blog anda. Macam yang ada kat sidebar dalam blog aku ni ha. Boleh dapatkan kat sini, di bahagian sidebar >> I Love UTM Badge

3) Boleh isi borang pendaftaran yang ada di laman web ini >> Register

But make sure korang baca dulu terma dan syarat sebelum mendaftar ok! Bila dah daftar, nanti blog korang akan disenaraikan di sini >> Directories dan tengok no 72 ok. That's my blog! Hoorayyy!
*Aku rasa macam nak request kat admin tu letak blog aku no 77. Boleh tak? Hahaha.

Kongsikan Kegembiraan Percutian Anda

Assalamualaikum and hi semua!!
Rasanya ramai yang dah balik raya ni kan..especially yang kampung nun jauh di sana.
And how about me? I am not in the loop. Hehehe..
So today, why not you guys share your holiday fun, even before you return! ^_^


Want to know how? You can click here to know more details >> Share your holiday

Maksud Poke di Facebook

Assalamualaikum kepada semua pembaca..
Post kali ini elyn nak tulis mengenai maksud poke di facebook.
Mungkin ada di antara kita yang sudah lama main facebook tetapi tidak pernah tahu apa itu poke.
Mungkin juga ada yang tahu maksud poke tetapi tidak berapa pasti sama ada betul atau tidak maksudnya itu.


Berikut adalah maksud poke di facebook :
~Jika anda di'poke' oleh seseorang, maknanya orang itu ingin mendapatkan perhatian anda.
~Poke bukanlah digunakan untuk mengganggu seseorang.
~Jika terdapat seseorang yang telah poke anda di facebook, dan anda poke dia kembali, maka dengan itu dia boleh melihat profil anda walaupun dia bukan kawan anda [tidak add as a friend lagi]
~Poke membenarkan seseorang melihat profil anda selama 7 hari [kalau tidak silap saya]. Ini bermakna dia boleh tahu siapa anda dan selepas itu mungkin akan add anda as a friend.


Ada yang kata poke ini adalah type of flirt.
Ada juga yang kata poke ini adalah simbol untuk menggangu orang tersebut.
Mungkin perkataan poke ini harus digantikan dengan perkataan lain yang mudah difahami.


Itu sahaja coretan dari elyn buat kali ini.
Jika ada maklumat yang elyn tersalah bagi, tolong betulkan kesilapan tersebut.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca. ^_^

7 Tanda Anda Gila Blogging

Assalamualaikum kepada semua yang membaca post ini.
Post aku kali ini bertajuk gila blogging.
Adakah anda salah seorang yang masuk dalam kategori ini?
Haaa..sila cek antara 7 tanda-tanda yang menunjukkan anda seorang blogger yang gila blogging.

1) Bangun-bangun dari tidur, tanpa membaca doa bangun tidur, tanpa gosok gigi dan basuh muka, tanpa mengemas tempat tidur, terus pergi kat laptop bukak blog. Tengok-tengok kalau-kalau ada komen ke..so time tu jugak nak reply semua komen yang ada. Pastu terus blogwalking ke blog-blog yang dah meninggalkan jejak.

2) Kadang-kadang tu dalam satu hari lebih 10 post yang dihasilkan. Actually sifat ini bagus ye. Sebab kalau ada 10 assignment yang kena buat, insyaAllah boleh siapkan dalam masa satu hari je. Maklumla..dah biasa buat assignment secara online kan..ngahaha..

3) Tengah-tengah taip post tu, tiba-tiba rasa nak membuang air la pulak..Ish..kacau sungguh.. Sanggup tahan sampai la post tu berjaya di'publish'kan.. Betul tak?ngahaha..

4) Makan minum diabaikan sebab dah sedap sangat berblogging..sampai kenyang rasanya..ngahaha..

5) Solat dilewat-lewatkan. Tak dinafikan mungkin juga tertinggal solat. Mana tak nye, setiap masa menghadap blog je. Ish3..cuba elakkan ye..

6) Tidur pun lewat..kadang-kadang tu tak tidur langsung. Blogwalking dari pagi sampai ke pagi esoknya..

7) Handphone berbunyi pun buat tak tau je..Agaknya kalau orang anta mesej kul 1pm, 1 pm esoknya baru nak baca..huhuhu..sadis!

Haaa..ini la antara simptom-simptom blogger yang gila blogging..
Kesemua simptom-simptom ni aku dapat dari pengalaman sepanjang aku bergelar seorang blogger..
Tapi tak ada la semuanya betul..ada yang aku tambah-tambah bagi nampak over sikit kan..ngahaha..
Apa-apa pun, aku suka blogger yang gila blogging ni.

AWARD FROM NORAIN

Assalamualaikum..
Ok..award kali ini datangnya dari Cik Norain Ismail..
Sweet je Cik Norain ni..
G la terjah blog beliau..ngehehe..
Apa-apa pun, elyn ucapkan terima kasih sebab bagi award ini ye..

Cara Paling Mudah Untuk Menang BMW dan Volkswagen

Assalamualaikum and hi semua!!
I wish you guys have a good day!! 
Sila jamu mata anda dengan hadiah-hadiah menarik di bawah ini ye. ^_^

Nak tahu macam mana nak menang hadiah-hadiah ini?
Sila klik sini untuk join >> Maxis BIG Giveaway!

Free Product Set From New York Skin Solutions

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.


Di sini ada satu berita baik bagi sesiapa yang mempunyai kulit bermasalah.
Anda boleh mendapatkan set produk dari New York Skin Solutions secara PERCUMA! dan juga boleh 'redeem' satu sesi rawatan kulit secara PERCUMA! 
Jarang sekali NYSS buat promosi macam ini. Haa..so tunggu apa lagi..?? Jom dapatkan sekarang!!

Sila klik sini untuk redeem >> Redeem NOW!

Acara paling LAWAK kat Malaysia. Konfirm tergelak.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.


Berita baik untuk semua yang nak release stress bagai tu kan. Untuk makluman semua, Astro akan mengadakan satu anugerah yang diberi nama Anugerah Lawak Warna yang bakal berlangsung pada 16 Ogos di Istana Budaya. Anda juga boleh menonton anugerah ini secara LIVE di Astro Mustika HD.

Untuk mengetahui siapa artis yang bertanding dan kategori yang dipertandingkan, sila klik sini >> Anugerah Lawak Warna

Filem sempena Raya 2013 dari Petronas

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.


Siapa suka tengok filem-filem pendek yang disiarkan oleh Petronas? Best kan? Ha untuk raya tahun ini (2013), Petronas sekali lagi telah menghasilkan sebuah filem pendek yang membuatkan kita semua berfikir semula tentang kehidupan kita.
Serius menarik dan tidak mengecewakan!

Nak tengok boleh klik sini >> Filem sempena Raya 2013

100 Hari 100 Hadiah

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Ada berita baik untuk semua yang suka join contest!
RHB Group telah menganjurkan satu peraduan yang diberi nama Share The Pride contest.
Peraduan ini cukup mudah untuk disertai.
Jawab hanya SATU soalan sahaja, anda boleh menang iPhone 5 atau Samsung S4. Soalannya semudah ABC! Serius senang!

Nak join boleh klik sini >> Share The Pride contest


up