7 Perkara Lelaki Tak Suka

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ni aku nak share antara 7 perkara lelaki tak suka. Hm..mungkin betul mungkin tidak. But this is from my observation. Hehehe..Jom baca!


1) Diet.

2) Mengikut perempuan shopping.

3) Mengikuti latihan senaman seperti yoga.

4) Menonton telenovela.

5) Habiskan masa di salun lebih dari 30 minit.

6) Berkawan dengan lelaki-lelaki lembut.

7) Menjadikan penyanyi pop seperti Justin Bieber sebagai idola.

Haaa..ada yang terkena dengan batang hidung sendiri tak? Hihihi..^_^


7 Tips Tidur Lena

Assalamualaikum and hi semua!
Korang ada masalah susah nak tidur tak? If ada masalah macam ni, jom baca 7 tips yang mungkin berguna untuk korang.


1) Elakkan tidur yang terlalu lama di siang hari.

2) Hindari dari suasana bising atau lampu yang terlalu terang sewaktu korang nak tidur.

3) Hati-hati dengan ubat selsema yang dijual bebas di pasaran. Sukar tidur ada kalanya adalah kesan sampingan daripada ubat yang diambil.

4) Berhenti merokok bagi yang merokok. Nikotin dalam rokok tu dapat menghilangkan rasa mengantuk atau tidur nyenyak.

5) Elakkan minum minuman yang ada kafein seperti kopi sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur.

6) Kalau rasa lapar pada waktu malam, sebaiknya makan buah pisang.

7) Jangan menonton filem aksi atau menyedihkan dalam waktu terdekat untuk tidur. Tengok filem seram takpe kot! Haha!

Semoga korang semua dapat tidur lena malam ni! ^_^

Tips Berjaya Dalam Temuduga

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ini nak share sikit tips untuk berjaya dalam temuduga. (Berjaya la sangat! LOL!) Tips ini adalah based on my experience okay!
Jemput baca semua! Hehehe..


1) Persediaan
Persediaan itu penting dari segi resume dan knowledge. Make sure apa yang kita tulis dalam resume tu kita betul-betul tahu dan pandai nak jawab bila disoal oleh penemuduga. If ada technical test, sila jawab semua soalan. Tak kisah la jawapan tu betul ke salah, janji jawab. Make sure jawab sehabis baik. Hehehe.

2) Jujur
Setiap soalan yang ditanya oleh penemuduga tu make sure kita jawab dengan yakin. If tak tahu, cakap tak tahu. If tak ingat, cakap je tak ingat. If tak berapa yakin, cakap je "I'm not sure". LOL~

3) Yakin
Make sure confidence level tu tinggi sebab kita ditemuduga oleh orang yang bukan calang-calang orang. Memang knowledge level mereka lagi tinggi daripada kita tapi if kita yakin dengan setiap jawapan yang kita berikan walaupun mungkin tak berapa nak betul, tapi dengan keyakinan yang kita ada, boleh membuatkan mereka percaya dengan kita.

Ini adalah apa yang aku dapati dalam diri aku sendiri bila dah attend pelbagai training di Mimos dan apply masa attend interview. Aku attend interview for Software Engineer position kat satu company ni pada hari Isnin (23/9/2013). Habis je interview, penemuduga tu cakap maybe in 2 weeks baru dapat result either pass or fail.

Tapi semalam (26/9/2013), aku dapat call dari company tu dan dioffer position Software Engineer. Eh cepat betul! Tak sampai 2 minggu pun lagi. But, before accept the offer, semalam juga aku discuss dengan parents and supervisor. So hari ini aku dah ada keputusan terbaik either nak accept or reject the offer.

So semoga berjaya dalam kerjaya masing-masing! ^_^

7 Cara Menghilangkan Selulit

Assalamualaikum and hi semua!
Selulit merupakan kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan, perut, paha, dan punggung. Perempuan biasanya akan mengeluh atau stress bila tengok kat badan dia ada selulit. Tapi selulit ini bukan ada pada perempuan je, lelaki pun ada. Tapi dengan hanya mengeluh depan cermin, masalah selulit itu tak akan hilang pun. Meh baca entri ini. Ada beberapa tips berguna untuk menghilangkan selulit. Lepas habis baca, boleh terus cuba ok! ^_^
7 Cara Menghilangkan Selulit :

1) Senaman
Bersenam at least 10 hingga 20 minit sehari atau amalkan aktiviti sukan / riadah at least 3 kali seminggu bagi membantu proses pembakaran lemak. Bersukan juga amat baik untuk jantung anda.

2) Essential Oil
Kalau rasa malas nak bersenam, boleh guna essential oil seperti essential oil of lemon citrus limonum. Essential oil ini adalah bahan semulajadi yang dapat membantu mengurangkan selulit dalam kulit. Kalau tak ada essential oil, boleh juga guna olive oil atau minyak zaitun dan garam laut untuk rawatan di rumah sebelum mandi bagi melancarkan perjalanan darah.

3) Junk Food
Stop dari mengambil junk food sebab pengambilan junk food ini umpama anda memberi makan kepada selulit supaya ia terus besar dan gemuk. Kurangkan makanan berminyak dan amalkan pemakanan yanng sihat. 

4) Natural Bristle Dry Skin Brush
Guna berus ini untuk menggosok tempat yang ada selulit setiap hari sebelum mandi. Berus ini boleh didapati di farmasi atau The Body Shop. Berus ini digunakan untuk membuang kulit mati dan dapat melancarkan perjalanan darah di tempat yang ada selulit itu.

5) Sauna / Mandi Wap
Rawatan sauna atau mandi wap di spa sangat bagus sebab ia dapat merangsang peredaran darah dengan baik dan memecahkan lemak.

6) Kafein
Elakkan daripada menjadikan minuman kafein seperti kopi sebagai minuman wajib bagi anda setiap hari. Cuba kurangkan pengambilannya. Seeloknya jangan ambil lebih daripada 1 cawan kopi dalam 1 hari.

7) Serbuk Kopi
Selain digunakan untuk buat air kopi, anda juga boleh menggunakan serbuk kopi untuk menghilangkan selulit. Kandungan kafein pada kopi mampu memperbaiki aliran darah, mempercepatkan pengelupasan sel-sel kulit mati dan menghaluskan kulit.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 2 cawan serbuk kopi
  • 1/2 cawan gula atau garam laut
  • 2-3 sudu besar massage oil (Contoh : Lavender Massage Oil)
Cara-caranya :
  1. Campur kesemua bahan dalam satu bekas dan kacau sehingga sebati.
  2. Lulur campuran tadi ke seluruh tubuh anda.
  3. Urut secara lembut terutama di bahagian selulit.
  4. Bilas tubuh dengan air suam.
Amalkan beberapa kali seminggu sehingga anda puas hati. ^_^



7 Sebab Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang yang Salah

Assalamualaikum and hi semua!
Pernah terfikir tak kalau orang itu bukan jodoh kita, kenapa Allah temukan kita dengan dia sebelum ini? Yakinlah bahawa ada hikmah di sebaliknya.


Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah....

1) Supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya.

2) Supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.

3) Supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah & Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan untuk kehidupan masa akan datang.

4) Supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

5) Supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.

6) Supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7) Supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya.

Mudah-mudahan hati kita lebih tenang dengan sentiasa bersyukur dan bersangka baik terhadap Allah. Syukur Alhamdulillah. ^_^

Sumber : JomBerita.Com

Kelebihan GLA Dalam Supplement

Assalamualaikum and hi semua!
Kebanyakan supplement yang aku ambil mesti ada GLA. Tapi aku tak tahu apa itu GLA? Apa kelebihannya? So lepas baca beberapa artikel mengenai GLA, baru aku faham sedikit sebanyak tentang GLA ini. Hari ni aku nak share sikit tentang kelebihan GLA yang terdapat dalam supplement.

GLA atau nama panjangnya Gamma Linolenic Acid adalah merupakan asid lemak Omega-6 yang boleh memberi kesan yang kuat ke atas kesihatan manusia.

Sumber-sumber GLA :
Evening primrose oil
Black currant seed oil
Borage seed oil


Beberapa kajian klinikal awal menunjukkan bahawa GLA mungkin berguna untuk keadaan seperti berikut :

1) Diabetes
Pesakit diabetes tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. GLA meningkatkan fungsi saraf dan boleh mencegah sakit saraf akibat kencing manis. Dos harian yang disyorkan untuk pesakit diabetes adalah 480 mg GLA setiap hari.

2) Kanser Payudara
Satu kajian mendapati bahawa wanita dengan kanser payudara yang mengambil GLA mempunyai tindak balas yang lebih baik untuk tamoxifen (sejenis ubat yang digunakan untuk merawat estrogen sensitive breast cancer) daripada mereka yang hanya mengambil tamoxifen.

3) PMS
Sesetengah wanita mendapati gejala PMS mereka semakin berkurangan apabila mengambil GLA supplements.

4) Osteoporosis
Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang yang tidak mendapat cukup beberapa asid lemak yang penting (terutama EPA dan GLA) adalah lebih cenderung mengalami kerapuhan tulang daripada mereka yang mempunyai paras normal dalam asid lemak.

Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan GLA ini. Kalau nak baca selanjutnya, boleh klik link yang terdapat di Sumber Rujukan di bawah.

Sumber Rujukan : LifeExtension, University of Maryland Medical Center, Jeff & Bonnie Story

7 Kelebihan Makan Taugeh

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ni mulut tersebut pasal taugeh. So tiba-tiba rasa nak buat entry pasal taugeh. Haha! Okay ramai juga di antara kita yang tak suka makan taugeh ni dan aku adalah salah seorang daripadanya! LOL~ Aku tak suka sebab sesetengah taugeh tu ada bau yang tak sedap bila digigit. Erkkkkk...


Tapi sebenarnya taugeh ni ada banyak khasiat yang tersembunyi. Nak tahu tak apa khasiatnya? Sila baca di bawah.

Antara khasiat taugeh adalah seperti berikut:

1) Meningkatkan kesuburan
Kaum adam yang suka makan taugeh mampu menghasilkan sperma dengan lebih baik dari segi kuantiti dan kualiti. Bagi kaum hawa pula ia dapat membantu kesuburan telur(ovum).

2) Pencegah kanser
Taugeh mampu melumpuhkan punca awal kanser, leukimia, penyakit usus besar, dan pankreas.

3) Baik untuk tulang
Estrogen yang terdapat dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

4) Bagus untuk wanita
Wanita yang makan taugeh secara kerap dapat mengurangkan risiko kanser payudara, gangguan menjelang haid,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

5) Mengurangkan lemak
Mereka yang berisiko menghidap penyakit serangan jantung dan strok amat digalakkan mengambil taugeh dalam menu harian mereka sebab ia dapat menyisihkan lemak-lemak jahat dalam badan.

6) Membuang kotoran
Taugeh dapat membuang kotoran yang terdapat di dalam usus besar kita sebab taugeh mengandungi banyak serat dan air. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh. So ia dapat mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

7) Awet muda
Macam mana nak awet muda? Makanlah taugeh sebab ia kaya dengan antioksida.

Sumber : Petua Tradisional, TryMasak

Lepas ni pakat semua makan taugeh je okay..tak payah nak beli supplement kat farmasi lagi dah. LOL~

~Terima kasih kerana sudi membaca~





BiO-LiFE Evening Primrose Oil

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ni aku nak tebus entry EPO yang aku janjikan dalam entry Seven Seas Evening Primrose Oil. EPO yang aku baru beli tu adalah BiO-LiFE Evening Primrose Oil.
BiO-LiFE Evening Primrose Oil 1000mg

Okay BiO-LiFE EPO ni ada Omega 6 yang mana ia baik untuk jantung kita. Ia juga mengandungi 10% GLA. Okay about GLA ni tunggu next entry ok. Haha! Untuk EPO 1000mg ni, kita digalakkan untuk mengambil 1 kapsul 3 kali sehari untuk 12 minggu dan selepas 12 minggu, kita boleh kurangkan pengambilannya kepada 1 kapsul 2 kali sehari.

Aku tak boleh nak buat review lagi about this product sebab aku nak habiskan makan Seven Seas EPO dulu yang hanya tinggal 26 kapsul lagi kot. Lepas tu baru aku makan BiO-LiFE EPO ni. Hehehe. Tunggu la lagi 3 bulan baru aku buat review about this product ok. ^_^

Btw, product EPO memang bagus dimakan sebab banyak kelebihan yang kita peroleh. Tak percaya? Cubalah rasa sendiri! Ok bye! ^_^

Selamat Datang ke Dunia Baru, Dahlia Fayha!

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ni time lunch break tadi aku pergi rumah Kak Siti, salah seorang staf kat department of PQRE ni.
Tujuan pergi rumah dia sebab nak tengok baby dia. Hehe.

Hi! My name is Dahlia Fayha Firdaus. Just call me Yaya. Nice to meet you! ^_^

Yaya sangat comel! Pipi tembam! Rasa nak cubit-cubit je.....eeeeeeee....ok over sangat kan! Haha! Btw, 27 September ni genap la umur Yaya 3 bulan! Yayyyy! ^_^
Ni antara gambar yang sempat aku snap before balik ke office.

Gambar atas belah kanan tu gambar dia jelir lidah. Kemain dia jelir lidah kat kita yang nak ambil gambar dia ye. Hehe.
Gambar bawah belah kanan tu kelakar sebab nampak sangat Yaya tak suka bila gambar dia diambil dengan flash. Haha. Itu kerja aunty Sofia taw Yaya! Haha!

Btw, bila tengok baby ni rasa macam aman sangat..takde langsung terlintas di fikiran tentang masalah-masalah semua. Seronoknya ada baby kan. Nak ada baby sendiri macam lambat lagi la pulak. Haha.
Ok bye!

*Aku hutang entry EPO. Huhuhu..

Kenangan Kau & Aku

"Dia tak nak akak kenal dia sebab dia tak nak akak sedih..adik pernah bagitahu dia, at least jumpalah akak walau sekali tapi dia marah adik..sekarang adik dah faham kenapa dia buat begitu..dia tak nak akak sedih sebab dia..akak hidup la macam biasa..kami pun dah pasrah dengan semua ni.."

Antara text yang menyentuh hati dan perasaan aku. Walau beribu kali aku baca post tu, air mata aku tetap mengalir. Siapa sahaja yang berada di tempat ku, pasti akan merasa begitu. Seriously.

Aku buat post ni sebab tetiba aku terbaca entri lama yang aku post pasal dia. Siapa yang baca post tu, maka dia tahu siapa yang aku maksudkan.  Semoga roh arwah tenang di sana. Aminnnn.


Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan,
tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba.
Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,
tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya..

Seven Seas Evening Primrose Oil

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ni hujan turun dengan lebatnya dan menyebabkan mata ni rasa macam nak tutup je..hihi!
Btw, hari Jumaat lepas pergi ke Guardian dalam Giant Kinrara untuk pergi beli Seven Seas EPO. Tapi rasa kecewa sangat sebab promotion pack dah tamat! Huhuhu. :'(
Bila tengok harga biasa untuk satu kotak memang sangat terkejut sebab masa ada promosi, 3 kotak = +-RM50. Tapi bila promosi dah tamat, harga untuk 1 kotak = +-RM40. (Aku letak +- sebab aku tak ingat the exact price.) Tapi nampak tak perbezaannya??? Gila jauh beza harga promo dengan tak. So aku pun tak jadi la nak beli Seven Seas EPO ni.  Huhuhu. :'(

Seven Seas Evening Primrose Oil Plus Starflower Oil  1000mg with Vitamin E

Untuk pengetahuan anda, 1 kotak Seven Seas EPO ni ada 30 kapsul. Setelah makan sebanyak 6 kotak Seven Seas EPO ni, aku nak share antara kelebihan yang diperolehi. Antara kelebihannya adalah :

1) Kitaran haid terkawal
2) Tiada lagi masalah senggugut
3) Memperbaiki rambut yang kering / rosak
4) Menguatkan kuku

*Disebabkan Seven Seas ni dah tiada promotion, aku beli EPO lain pula. Haha! Tunggu next entry okay! ^_^

Sandiwara Cinta - Republik

Salah satu lagu yang best! Aku suka lirik dia. Menyentuh hati sungguh. Layannnnn~

Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasan yang seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati

Download HERE

Scrollbar dalam Blog Archive

Assalamualaikum and hi semua!
Siapa yang rasa blog archieve dalam blog dia tu panjang sangat sampai ke bawah, mohon buat scrollbar dalam blog archive tu okay. Bukan apa..ini memudahkan pembaca untuk tidak scroll blog dari atas ke bawah untuk tengok list of blog post anda yang banyak kebabom tu sekaligus dapat menjimatkan ruang dalam blog anda. Hehehe. Kalau tak paham juga, mohon tengok gambar di bawah ye. ^_^


Let's proceed!

1) Dashboard --> Template --> Edit HTML
2) Tekan Ctrl + F dan masukkan kod di bawah :
     
3) Copy kod di bawah :
     
4) Paste atas kod ini :
     
5) Then Ctrl + F dan masukkan kod di bawah :
     
6) Copy kod ini :
     
7) Paste di bawah kod ini :
     

Before save template, preview dulu okay. Make sure everything is okay and you're done! ^_^

Tukar Scrollbar di Blog

Assalamualaikum and hi semua!
Rasanya ramai yang dah tahu cara nak tukar scrollbar kat blog from default kepada yang lebih berwarna-warni gitu. Senang cerita tengok gambar di bawah ye. Tak pun tengok je dalam blog aku ni ha. Hehehe.


Tapi aku tetap juga nak share dalam blog. Haha!
Let's proceed!

1) Dashboard -> Template -> Edit HTML
2) Tekan Ctrl + F dan masukkan kod /* Header dan tekan enter
3) Copy kod di bawah dan paste di atas kod /* Header

::-webkit-scrollbar {
height:10px;
width: 12px;
background: #FF3399;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: #FFFFCC;
}

*Gantikan kod warna Merah untuk background scrollbar.
*Gantikan kod warna Biru untuk warna scrollbar.

Boleh cari kod warna yang anda suka di sini : HTML Color Codes

Bila dah dapat warna yang diingini, jangan lupa untuk preview dulu sebelum anda save template anda okay!
Gudluck bebeh! ~_^

up