Pikat Si Dia Melalui Tarikh Lahir

Assalamualaikum and hi semua!
Hari itu elyn terbaca satu artikel mengenai pikat si dia melalui tarikh lahir. Wah! Bunyi macam menarik. So saje je la nak baca kan. Nak tengok betul ke tidak. Ada orang kata daripada tarikh lahir menggambarkan sifat cintanya. Jom baca! ^_^

1hb
Si dia berjiwa seni. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai sambil minta si dia memainkan satu lagu dengan petikan gitar khas untuk kamu. Tentu si dia terfikir kamu mempunyai cita rasa yang sama dengannya. Kira sesuailah tu!

2hb
Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga kerana si dia berjiwa romantik. Namun kamu perlu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu mungkin selepas itu barulah cinta akan berputik.

3hb
Sikap si dia sukar diramal maka kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong, apa kata kamu berkongsi minat dengan si dia.

4hb
Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu, setiap kali si dia melakukan sesuatu perkara, kamu berilah sepenuh sokongan padanya. Dengan semangat yang kamu berikan itu pastikan si dia rasakan hanya kamulah teman setianya.

5hb
Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang. Oleh itu, kamu tunjukkanlah tanda-tanda kamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-ragu memilih kamu sebagai pasangan.

6hb
Si dia umpama magnetik. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa bersama dalam keadaan susah atau senang. Mungkin si dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!

7hb
Cepat panas baran oleh itu kamu perlulah banyak bersabar dan bijak memainkan peranan agar dapat mengawal setiap situasi.

8hb
Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Dengan ini, kamu perlu pandai untuk memancingnya dengan topik-topik yang menarik agar si dia tahu yang kamu seorang yang bijak!

9hb
Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua.

10hb
Seorang yang jujur, berterus-terang dan akan berusaha mendapatkan apa yang diingininya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Caranya ialah sering kali bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang murung.

11hb
Mementingkan kerjaya ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Apa kata sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu menghadiri majlis yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si dia, jangalah terlalu memikirkan soal kerja dan dia juga perlukan rehat yang cukup. Kerja..sampai mati pun tak habis!

12hb
Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka yang pentingadalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang je. Seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong.

13hb
Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.

14hb
Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang.

15hb
Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semula jadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Sebelum mengeluarkan kata-kata, tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.

Haaa..amacam? Ada yang betul tak? Seriously 7hb dan 14hb tu tepat sekali. Adakah ia suratan atau kebetulan? Jeng jeng jeng~ Maaflah sebab ada sampai 15hb je. Next time InsyaAllah sambung sampai 31hb pula okay! ^_^

6 Gejala Kanser Payudara

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ini tiba-tiba rasa nak update pasal gejala breast cancer lepas terbaca artikel mengenai ini di majalah. Ini adalah salah satu penyakit yang sangat merbahaya kepada wanita. So better kita tahu apa itu gejala atau petanda-petanda breast cancer ini. Ambil ia sebagai langkah berjaga-jaga okay.


1) Berlaku perubahan pada bentuk breast.

2) Nipple masuk ke dalam tidak menonjol seperti lazimnya.

3) Bengkak, ruam kemerahan berpanjangan.

4) Berasa sakit masih berterusan walaupun tempoh haid sudah berlalu.

5) Gatal dan berasa sakit di sekitar nipples.

6) Sebelah nipple rosak.

Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dari segi luaran mahupun dalaman. ^_^

6 Tips Langsing Tanpa Guna Wang

Assalamualaikum and hi semua!
Nak langsing tak semestinya perlu mengeluarkan duit. Banyak cara yang kita boleh gunakan tanpa mengeluarkan sesen pun. Yang menariknya, kita boleh lakukannya dalam kehidupan seharian. Menguntungkan kita daripada berbelanja beratus-ratus ringgit tapi tak sure lagi keberkesanannya. Jom cuba dulu cara-cara ini.

1) Mengayuh basikal
Time weekend or after office hour boleh la lakukan aktiviti berbasikal selama 45 minit. Kalori akan terbakar sebanyak 510. Kayuhan kaki yang terus menerus akan membentuk otot-otot.

2) Sertai sebarang aktiviti lasak
Hiking, wall climbing, white water rafting, dan aktiviti yang seumpama dengannya dapat memantapkan tubuh badan dan mengekalkan kecantikan. Untuk kesan lebih baik, lakukan aktiviti ini sekerap yang mungkin terutamanya hiking.

3) Lakukan kerja-kerja rumah
Jangan bergantung kepada khidmat pembantu rumah je. Jadikan aktiviti seperti cuci pinggan, sapu sampah dan mop lantai antara aktiviti harian yang wajib dibuat setiap hari.

4) Berkebun
Luangkan masa untuk membersihkan kawasan persekitaran. Kamu boleh menebus lalang, membakar sampah, mencangkul tanah dan menebang pokok liar. Ini antara contoh aktiviti gerakan dan senaman yang baik. Selain dapat membersihkan kawasan, ia memberi kesan yang baik kepada tubuh badan.

5) Naik kenderaan awam
Naik kenderaan awam ke tempat kerja walaupun ada kenderaan sendiri. Kamu tidak akan rugi malah jimat dari segi duit. Kenderaan awam dapat membakar tenaga dengan lebih banyak menerusi perjalanan. Kadang-kadang kamu kena berlari, menaiki tangga dan berdiri. Ini semua adalah bentuk senaman ringan.

6) Amalkan naik turun tangga
Cubalah naik turun tangga sekurang-kurangnya sekali sehari. Menaiki tangga baik untuk kemantapan bentuk paha dan betis. Selain itu, kamu dapat mengawal pernafasan dan sistem tubuh akan berjalan dengan lancar.

Tips yang paling elyn susah nak buat adalah tips no 5. Sebabnya ada banyak sebab dan malas nak tulis kat sini. LOL. Btw, selamat melangsingkan badan uols! ^_^

7 Tips Tambah Kelajuan PC

Assalamualaikum and hi semua!
Korang ada masalah PC / Laptop slow? Jom baca 7 tips yang elyn senaraikan kat bawah ni. Mungkin boleh bantu korang selesaikan masalah tu. ^_^

1) Install Spyware and Adware Remover
Adanya adware / spyware ni memang menyusahkan. Biasanya benda ni wujud daripada email, website or software yang kita download. So korang boleh la install software Ad-Aware.

2) Install Antivirus
Even korang tak surf internet, tapi korang tetap kena install antivirus. Antara antivirus yang korang boleh install adalah seperti Norton Antivirus, McAfee VirusScan, F-Secure Anti-Virus, AVAST! Pro, dan Kaspersky. Make sure korang sentiasa update antivirus yang korang dah install tu.

Tapi kalau korang takde antivirus macam yang disenaraikan di atas, korang boleh guna yang online punya iaitu HouseCall Free Online Virus Scanner. Versi HouseCall ni telah direka untuk digunakan bersama Trend Micro World Virus Tracking Center yang akan menentukan kedudukan korang di samping mendapatkan maklumat virus terkini.

3) Kurangkan Startup
If korang ada install banyak software, sure korang punya komputer jadi slow. So korang boleh tengok list of software yang korang guna.

Klik Start -> Taip Run kat tempat search tu -> Taip msconfig -> Klik OK
Klik pada Selective startup, buangkan tanda pada Load startup items -> Klik OK
Ia akan dihentikan bila korang restart computer.

4) Guna Defrag
Bukan kereta je ada maintenance, komputer pun ada ok! Gunalah defrag untuk maintain korang punya hard disk sekali dalam sebulan.

Untuk Windows 7, korang boleh search defrag, then klik Disk Defragmenter. Klik Analyze dan ia akan melakukan pemeriksaan pada hard disk dan display the result. Then, klik Defragment disk untuk teruskan defrag. Proses ni akan mengambil masa beberapa jam dan jangan jalankan defrag time korang tengah guna komputer.

5) Guna Scandisk
Selain daripada defrag, korang boleh guna scandisk sebulan sekali. Scandisk ni adalah satu proses untuk cek hard disk secara fizikal.

Double click Computer -> Right click kat C: drive -> Klik Tools -> Tekan button Check now pada ruang Error checking.

6) Guna Open Source Software yang Penting
Selain Ad-Aware, korang boleh dapatkan software seperti TuneUp Utilities, Fast Defrag Standard dan WinPatrol. Software-software ni adalah untuk manage korang punya computer memory, hard disk, keseluruhan sistem dan juga software yang tak berapa penting.

7) Update Windows dan Driver
Windows perlu dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memantapkan dan memberi perlindungan kepada sistem komputer.

Click Start button -> click All Programs -> click Windows Update

Untuk update driver, korang kena dapatkan info terkini dari laman web pengeluar device yang korang gunakan untuk mengelakkan masalah kepada sistem komputer.

So semoga post ini dapat membantu korang untuk menyelesaikan masalah PC slow. If still slow juga after dah buat semua yang di atas, elyn rasa better korang beli je la laptop baru. Kehkehkeh. Selamat mencuba! ^_^

Masker Penyegar Menggunakan Buah Epal

Assalamualaikum and hi semua!
Siapa yang suka pakai masker tapi malas nak beli yang mahal-mahal, boleh la baca post ini. Hehehe.
Jom elyn ajar cara buat masker guna buah epal je. Easy as ABC! ^_^


1) Kupas sebiji epal, potong menjadi beberapa bahagian dan hancurkan dengan pengisar.

2) Campurkan dengan 1 sudu makan madu dan tambah air secukupnya.

3) Sapukan pada wajah dan leher secara lembut dan biarkan selama 10 hingga 15 minit.

4) Bilas dengan air sejuk.

Haaaa..mudah kan! Selamat mencuba! ^_^

Tips Atasi Bibir Kering

Assalamualaikum and hi semua!
Sebelum ini elyn pernah buat post mengenai Tips Jaga Bibir. So now nak buat post mengenai Tips Atasi Bibir Kering plak. Hehe. Most of us biasanya akan hadapi masalah bibir kering ini. Termasuklah yang menulis post ini juga. Hehe. Bibir kering, lebih-lebih lagi kalau sampai pecah-pecah dan menggelupas pasti akan membuatkan penampilan kita kurang menarik. Ramai yang anggap masalah ini agak remeh dan boleh diatasi hanya dengan membasahi bibir dengan air liur. Tapi ternyata tanggapan ini salah sama sekali! Berikut ada beberapa tips yang boleh kita cuba untuk mengatasi masalah ini.


1) Kurangkan kebiasaan membasahkan bibir dengan air liur sebab ia akan membuatkan bibir kita menjadi lebih kering.

2) Elakkan daripada memakai pelembap bibir yang mempunyai perisa tertentu yang membuatkan kita asyik nak jilat bibir.

3) Elakkan daripada memakai lipstik yang tak ada pelembap.

4) Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin C.

5) Pakai pelembap bibir sewaktu tidur sebab masa ini kita tidak akan menjilat bibir.

Selamat Mencuba! ^_^

Jumlah duit tol dan minyak dalam sebulan

Assalamualaikum and hi semua!
Dah lama tak update blog. So hari ini baru ada masa nak update blog.
Btw, hari ini nak share sikit pasal estimate total for toll and car fuel consumption in one month.
Pengiraan ini just untuk pergi kerja dan balik kerja je. Takde singgah tempat lain okay.

Jumlah hari bekerja
Ok since dalam sebulan jumlah hari bekerja tak menentu, ada yang 20, 21, 22 or 23 hari, so aku ambil minimum 20 hari la.


Duit tol
Duit tol dari Senawang - Bukit jalil = RM 8.20 sehala, so pergi balik = RM 16.40

Jumlah duit tol dalam sebulan 
Jumlah ini hanya fokus kepada 20 hari bekerja tu je. Tak termasuk Sabtu dan Ahad.
RM 16.40 x 20 = RM 328


Duit minyak
Setakat ini aku nampak pergi balik dari Senawang ke Bukit Jalil, cuma hilang 1 takuk je. 1 takuk tu dalam RM 10.

Jumlah duit minyak dalam sebulan 
RM 10 x 20 = RM 200

Jumlah duit tol + minyak dalam sebulan
RM 328 + RM 200 = RM 528

Haaa..see?? Itu baru untuk 20 hari, kalau dalam sebulan tu lebih dari 20 hari bekerja, dah berapa pulak kan. Huhuhu..

Kan best kalau ada KTM dari Senawang straight terus sampai ke ofis. Jimat duit, jimat tenaga, jimat masa dan kurang pencemaran udara. LOL~

up