Details Majlis Pertunangan Dzailin!

by - February 08, 2014

Assalamualaikum and hi!
Entri kali ini elyn just nak share details mengenai majlis pertunangan elyn.

Pelamin (Nana Sa'at Bridal) - Cantik! Ramai yang puji pelamin tu cantik. Ada yang kata dah macam nak nikah dah. Haha. Gambar full pelamin ada kat SINI. Ada yang datang lambat sikit dalam pukul 4 lebih camtu tapi sayang mereka tak sempat nak tengok pelamin sebab pekerja-pekerja kak nana dah buka pelamin time tu. Huhu. Actually idea asal elyn nak guna pelamin panel je..tapi bila tengok langsir kat rumah ni macam cantik je untuk jadi backdrop pelamin, 2 hari sebelum majlis tu elyn whatsapp kak nana untuk bagitahu nak guna langsir sendiri instead of panel. Then kak nana pun setuju. Hihi!

Baju (Nana Sa'at Bridal) - Puas hati! Elyn sendiri puas hati dengan baju tunang tu. Rasa macam simple dah baju tu tapi ada juga yang cakap baju tu macam baju nak kahwin pun ada. Erkkk..elyn rasa tak kot..sebab kalau baju kahwin mesti lagi grand dari baju tu kan..mesti yang jenis meleret-leret sapu lantai bagai..haha! Btw baju tu warna pink. Ada juga yang cakap macam warna peach. Hurm..maybe sebab lighting tu yang menampakkan baju tu macam warna peach.

Make up (Nana Sa'at Bridal) - Nice! First time diri ini disolek oleh MUA. Haha! Rasa janggal pun ada bila orang make up kan muka ni. First time tengok cermin lepas dimekap, memang macam bukan pandang diri sendiri je rasa. Muka dah jadi orang lain. Even family pun cakap camtu. Haha! Elyn tanya juga kat family and friends, make up ni tebal sangat ke? Tapi mereka semua cakap make up ok je..cantik je..tak tebal pun. Aikkk..elyn rasa pelik bila dengar mereka cakap camtu sebab elyn rasa macam MUA tu make up elyn tebal sangat. Huhu. Rupa-rupanya tak..nasib baik..lega dengar..hihi!
Photographer (artExplorationPhotography) - Terbaik! Alhamdulillah dapat OP yang sangat memahami diri ini tak pandai posing. Haha! Elyn posing ikut kata OP je la. Nasib baik dapat OP yang sempoi. Sangat selesa bekerjasama dengan beliau. OP siap bawa elyn pergi outdoor photoshoot lagi. Memang terbaik!

Jamuan makan (Rewang) - Cukup! Alhamdulillah..makanan semua cukup untuk tetamu yang hadir. Semua hidangan dimasak sendiri. Jiran-jiran banyak tolong masak. Actually ada 2 majlis. First buat majlis tahlil dan doa selamat dulu. Then baru proceed dengan majlis pertunangan elyn.
Khemah (Sewa) - Selesa! Untuk majlis pertunangan ni, parents decide untuk pasang 2 khemah je. Kalau pasang 1 khemah je takut tak cukup space plak kan. Lagipun kalau pasang 2 khemah rasa selesa sikit untuk tetamu yang hadir. Warna scallop khemah purple putih. Elyn request purple pink tapi takde. Huhu.
Hantaran (D.I.Y) - Simple! Mostly barang-barang hantaran atas dulang tu elyn DIY. Penat memang penat tapi berbaloi tengok hasil sendiri. Walaupun tak seberapa tapi yang penting ikhlas. Haha! Last minute punya kerja memang penat. 3 hari sebelum majlis baru start buat. Gila tak penat! Haha. Untuk kahwin nanti 2 minggu sebelum elyn dah nak start buat hantaran. Belajar dari kesilapan la konon. Hihi.

For me, everything was perfect! Syukur alhamdulillah..syukur sangat-sangat majlis berjalan dengan lancar sekali. Thanks kepada semua ahli keluarga dan jiran tetangga yang banyak membantu sebelum dan sepanjang majlis berjalan.

You May Also Like

0 7 Comments