Happy Engagement Day Dzailin!

by - February 04, 2014

Assalamualaikum and hi semua!
Syukur Alhamdulillah..elyn dah pun bergelar tunangan orang. Lepas ini dah tak boleh nakal-nakal lagi dah. Hihi. Hari ini elyn nak share sikit story tentang majlis pertunangan elyn yang telah berlangsung pada 2 Februari 2014.

Baju, pelamin dan mekap : elyn menggunakan khidmat dari Nana Sa'at Bridal. Service mereka memang tip top! Highly recommended untuk bride to be area Senawang especially.

Official photographer : elyn menggunakan khidmat dari artExplorationPhotography. Highly recommended juga untuk bride to be area Senawang. 

Makanan dan minuman tetamu : Jiran-jiran elyn datang tolong ibu masak kat rumah je. Expected tetamu yang datang lebih kurang dalam 100 orang. Pihak lelaki datang dengan 5 buah kereta. 2 MPV, 2 Sedan dan 1 Hatchback. Ramai juga yang datang rupanya. Hehehe. Alhamdulillah makanan semua cukup.

Hantaran : Sebanyak 7 dulang hantaran dari pihak lelaki berbalas 9 dulang hantaran dari pihak perempuan.
Bab details pasal hantaran nanti elyn buat satu lagi post okay. ^_^

Ok kat bawah ini elyn share gambar pelamin dan gambar elyn. Gambar kat bawah ini adalah dari kamera akak elyn. Gambar-gambar yang lain semuanya dekat kamera OP lagi. Huhuhu.

Ini gambar mini pelamin pertunangan elyn. Elyn request kat bridal tu nak guna langsir sendiri je. Hihi.

Future MIL menyarungkan cincin ke jari manis ku tanda bertunang dengan anak lelakinya. Hehehe. 
Btw, dah siap pakai shawl semua, baru elyn perasan yang mak andam pakaikan inner yang jenis ada sanggul tu. Adehh..sebenarnya elyn tak suka nampak macam sanggul kat kepala tu..huhu..tapi dah semuanya siap dipakaikan, terpaksa juga la terima..huhuhu~

Gambar-gambar yang lain semuanya dekat OP. Nanti la elyn update okay. Hihi.

Ok la..sampai di sini sahaja post kali ini. Encik Tunang suruh survey tempat-tempat honeymoon plak pasni. Hehe.

Ok bye! Thanks for reading! Doakan hubungan elyn dengan Encik Tunang kekal sehingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat. InsyaAllah. ^_^


You May Also Like

0 7 Comments