Kelebihan Solat Sunat Subuh

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ini elyn nak share kelebihan atau ganjaran yang kita dapat bila kita buat Solat Sunat Subuh atau dikenali dengan nama Solat Fajar atau Solat Qabliyah.

Tahu tak yang solat sunat Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahalanya jika dibandingkan dengan solat sunat yang lain.

"Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum ataupun qabliyah Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya." (Hadis Riwayat Muslim)

Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun, jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah SAW sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh.

Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah r.a., beliau berkata:
"Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah SAW selain solat sunat sebelum Subuh." (HR Al-Bukhari)

Cara-cara menunaikan solat sunat Subuh:

1) Pastikan sudah masuk waktu Subuh

2) Niat

3) Bacaan Surah

Rakaat 1: Surah Al-Kafirun
Rakaat 2: Surah Al-Ikhlas


Sebenarnya elyn baru tahu kelebihan menunaikan solat sunat Subuh ini semasa menghadiri kursus kahwin hari tu. Sangat bersyukur sebab rasanya masih belum terlambat untuk elyn start amalkan solat sunat Subuh ini. Bukannya lama pun kan. Dalam 3 minit je.

Jom sama-sama kita perbaiki diri untuk menjadi insan yang tidak berada dalam kerugian. Solat sunat Subuh ini adalah salah satu shortcut untuk dapat banyak pahala. Kita dah la banyak dosa, so jangan la malas untuk tambah pahala.

Renung-renungkan, fikir-fikirkan dan selamat beramal. ^_^

0 7 Comments:

Post a Comment


up