Kursus Kahwin 2014

by - March 10, 2014

Assalamualaikum and hi!
Post kali ini aku nak share pengalaman menghadiri kursus kahwin di Seremban, Negeri Sembilan. Aku ambil kursus kahwin di Usrati Centre, Sikamat pada 8 & 9 Mac 2014. Okay yang bestnya tentang Usrati Centre ini, penceramah-penceramah dia memang terbaik! Pandai buat lawak dan pandai attract orang untuk dengar ilmu yang dikongsi oleh mereka. Alhamdulillah aku dapat banyak ilmu selama 2 hari menghadiri kursus kahwin ini.

Keistimewaan Usrati Centre
Okay nak tahu tak apa yang membezakan Usrati Centre dengan pusat-pusat kursus kahwin yang lain? Haaa..sebenarnya owner Usrati Centre ini adalah seorang doktor. Klinik dia pun dekat je dengan Usrati Centre ini. Yang paling best ambil kursus kahwin di sini adalah disebabkan ada satu slot yang diajar oleh doktor itu sendiri secara percuma kepada para peserta. Slot itu tidak termasuk dalam tentatif kursus pra perkahwinan. Slot itu bertajuk ovulation, perception and gender selection. Antara 2 perkara yang aku ingat adalah macam mana nak dapat anak lelaki/perempuan dan macam mana nak tahu waktu subur isteri. Memang menarik! Untuk yang plan nak dapat anak cepat/lambat, anak lelaki/perempuan, boleh try cara yang diajar oleh doktor itu. InsyaAllah berkesan. ^_^

Okay untuk mereka yang berada di sekitar Negeri Sembilan dan tak ambil lagi kursus kahwin, aku syorkan korang ambil kat sini. Daftar online kat blog Usrati Centre. Nak parking kereta/motor pun senang. Penceramah best. Breakfast and lunch disediakan. Yuran standard RM80. Sijil terus dapat sebaik sahaja tamat kursus.

Yeay! Dah boleh kahwin! :-P

Keyword:
Kursus kahwin area Seremban

You May Also Like

0 7 Comments