Tragedi yang Menimpa Pesawat MH370

by - March 25, 2014

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ini elyn percaya ramai yang sedang bersedih dengan berita yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak pada jam 10pm malam tadi.

Masa dengar berita tu pun, elyn dah nak menangis rasa. Mana tak nya, setelah 17 hari pesawat MH370 hilang, akhirnya berdasarkan analisis baru yang disediakan oleh Inmarsat (syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan), Inmarsat dan AAIB (Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK) telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
Elyn ucapkan takziah kepada semua keluarga crew dan penumpang pesawat MH370. Terimalah dengan hati yang tabah dan redha. Yakinlah bahawa setiap yang berlaku ini ada hikmahnya yang tersembunyi.

Apabila berlaku kejadian seperti ini, mari kita sama-sama muhasabah diri. Secanggih mana pun teknologi itu, jangan kita lupa bahawa kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Lihat sahaja kejadian yang menimpa kapal Titanic. Kapal Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia “tidak mungkin tenggelam”. Tapi lihat apa yang berlaku? Kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Mari kita baca balik surah Yaasin ayat 41-44:

لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.

وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kenderai seperti bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ
43. Dan jika Kami menghendaki nescaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) kerana rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

-DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali-

You May Also Like

0 7 Comments