Tukar Profesion Jadi Designer

Assalamualaikum and hai semua..hopefully semua sihat-sihat la hari ni ye..Hari ni nak cerita sikit pasal tempahan kad kahwin. Kad kahwin yang aku tempah sumpah simple uols. Takde vogue-vogue bagai. Sebab bagi aku buat kad kahwin gempak-gempak tu satu pembaziran. Ye la..kalau gempak, confirm la mahal kan. Buat kad bukannya 1 or 2pcs. Paling kurang pun 500pcs.

Okay selama 4 hari dah aku cuti, aku rasa macam dah jadi designer la plak. Ini bukan designer baju okay. Tapi designer kad kahwin. Choii! Start (16/4/14, 12:53 PM) designer kad kahwin tu dah mula hantar 1st draft kat aku untuk review sebelum bersetuju untuk dicetak. So aku pun review la. For the 1st draft, memang banyak aku komen. Salah ejaan kat Bunting la..ayat tak betul la..ayat tak berapa best la..adoi..mesti bengkek je kan designer tu bila tengok aku komen itu ini. Haha! Tapi nak buat macam mana.."Customer always right!" (chuckle)

Okay 2nd draft designer tu hantar kat aku pada (17/4/14, 10:24 AM). Still aku ada komen kat image tu. Ada je yang tak kena. Aku reply balik kat dia pada jam 2:35 PM. Tak lama lepas aku hantar tu, cepat plak dia hantar 3rd draft (17/4/14, 2:48 PM). Adoi..makin bertambah kusut kepala aku. Apa yang aku minta tak sama dengan apa yang dia buat. (facepalm) Mungkin dia salah faham kot. Kalau aku duduk sebelah dia, dah lama benda ni setel aku rasa.

Okay then aku reply balik pada jam 3:44 PM. Kali ni aku siap attach lagi image .psd and .png untuk dia replace image yang salah tu. Aku siap guna Photoshop bagai nak review kad kahwin ni. Adoi.. Kalau macam ni baik aku 100% design kad kahwin sendiri and hantar print je. Tujuan utama kita tempah tu sebab tak nak menyusahkan diri. Tapi ini lain plak jadinya. Bertambah susah je rasa. Huhu. Macam 70% aku edit balik. Huhuhu. (feeling frustrated)

Then hari ini baru aku buka balik email untuk cek ada tak dia hantar 4th draft (18/4/14, 1:07 PM) untuk aku review. Fuhh..nasib baik ada. Then aku tengok macam dah okay sikit la walaupun ada image yang aku nak tu dia ganti dengan image lain yang lebih kurang. Tapi still buruk dari image yang aku bagi. Huhu. Tapi since aku dah malas nak komen dah, so aku pun reply suruh dia proceed untuk print.

Bagi aku, nak jadi designer ni kena la kreatif and pandai guna macam-macam software yang berkaitan untuk design. Lagi satu, kena banyak bersabar jugak la dengan karenah customer yang fussy tahap gaban macam aku ni. Hahaha.

Aku tak kisah la kalau ada orang kata macam ni: "Ala..kad kahwin je pun..bukannya orang simpan buat kenangan pun.." Ye..memang betul... Tapi kalau boleh aku nak kepuasan dalam setiap perkara yang aku buat. Tak nak la cincai boncai. Walaupun majlis aku lambat lagi, tapi aku dah start tempah kad kahwin bulan 4. Selalunya orang tempah kad kahwin 3 bulan sebelum. Tapi aku tempah tuttt bulan sebelum. Sebab apa? Sebab aku tak nak buat kerja last minute untuk majlis besar macam ni.

Okay thanks for reading. ^_^

2 comments:

  1. salam.bes x keja mimos.dapat offer gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..maaf lambat reply..Alhamdulillah environment kat sini best..parking free, gym, cafe..etc..:)

      Delete


up