Perit tetapi Penuh Hikmah

by - June 10, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini rasa macam nak luahkan perasaan kat blog plak. Huhuhu.
Hari-hari dah mengadu kat Allah tapi aku hamba yang lemah..masih terasa keperitannya lagi..huhuhu..
Tapi aku tahu, setiap keperitan yang dialami itu ada hikmah di sebaliknya. Dan ye memang betul. Bila aku fikir-fikir balik, walaupun aku sedih dengan apa yang berlaku sekarang ini, tapi aku gembira bila fikir aku dapat kumpul pahala dalam masa aku bersedih ni. Aku insan yang banyak berdosa. Sekarang ini la waktu yang sesuai untuk aku kumpul pahala sebanyak mungkin.

Aku tak nak cerita la apa kesedihan yang aku alami tu. Tak guna pun mengadu kat manusia. Bukannya mereka boleh buat apa-apa pun. So better aku mengadu dengan Allah kerana Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Aku yakin dengan setiap apa yang Allah tetapkan itu adalah yang terbaik buat hambaNya.

~Alhamdulillah..Terima Kasih Ya Allah..~

You May Also Like

1 7 Comments