HIV Test untuk Nikah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dah lama sangat tak update blog. Rasa bersalah dengan diri sendiri sebab dulu janji dengan diri sendiri nak update blog hari-hari tapi sekarang sebaliknya yang berlaku. Haha!
Okay jom proceed dengan topik kita kali ini. Topik ini sesuai la dengan pembaca yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Senang cerita bakal pengantin la. Hihi. Mohon tabah membaca entri yang panjang gila ni. -.-
15 September 2014 elyn ambil annual leave untuk pergi ke Klinik Kesihatan Senawang (KKS) untuk buat HIV test. Sebelum pergi KKS, elyn whatsapp dan tanya dulu kawan-kawan elyn yang dah kahwin. Elyn tanya la macam mana procedure untuk buat HIV test tu. Ada kawan elyn kata kena bawa borang nikah ke klinik.

Tapi bila tiba hari kejadian, elyn pergi KKS tak bawa pun borang nikah. Slumber badak je pergi dengan tangan kosong. Sampai je dekat kaunter pendaftaran, elyn just cakap nak buat HIV test. Dan staff tu pun bagi pelbagai macam borang nak kena isi. Kemain la banyaknya. Sampai lenguh kaki berdiri kat meja untuk isi borang-borang tu semua. Tulisan pun dah macam cakar ayam sebab dah tak larat nak menulis. Sampai macam tu teruk sekali. Sabar je la. Huhu.

Bila dah hantar segala macam borang tu dekat kaunter pendaftaran tu balik, then kena tunggu pula sampai nombor giliran dipanggil untuk bayar RM1 dan diberi borang-borang yang perlu kita beri kepada nurse atau doktor yang berkaitan. Then terus pergi ke Klinik Pesakit Luar, bilik no 20 di mana HIV test dibuat dan letak borang-borang tu dekat dalam bekas yang disediakan diluar bilik tersebut. Terkejut masa sampai dekat bilik no 20 tu tengok orang ramai gila tengah tunggu giliran. Rupanya bilik tu bukan sahaja buat HIV test, tapi ada banyak juga test lain yang dibuat. Sebab tu la ramai orang. Sabar je la. Huhu.
Sumber: Google

Okay bila dah sampai giliran elyn untuk buat HIV test, nurse lelaki tu pun ambil blood pressure elyn. Then baru ambil darah. Btw, ini kali kedua elyn ambil darah yang dicucuk di pangkal lengan. Cara dia ambil darah macam dalam gambar di atas. First time ambil di Sunway Medical Centre. Nurse perempuan tu ambil darah terasa sakitnya. Tapi yang nurse lelaki ni buat tak rasa sakit langsung. Sikit pun tak rasa sakit. Tahu-tahu je dah siap. Bagus betul. Thumbs up! Tapi nurse lelaki ni peramah sikit. Start dari elyn duduk dia nak ambil blood pressure sampai la dah habis ambil darah, kami sakan berborak macam dah lama kenal. Sampai gelak-gelak bagai. Dah la pintu bilik tu memang tak tutup. So orang luar boleh tengok apa yang nurse tengah buat dekat patient. Mesti dorang ingat kami ni memang kenal. Padahal tak pun.

Ingatkan bila dah ambil HIV test, dah setel la. Rupanya belum lagi. Kena pula hantar darah tu ke Makmal. Then kena tunggu result. Nasib baik tak ada orang lain kat makmal masa tu. So cepat la dapat result. Then bila dah dapat result, bagi pula result tu dekat nurse lelaki tadi. Then nurse lelaki tu suruh pergi jumpa doktor bilik no 5 pula. Haih. Ke hulu ke hilir elyn hari tu. Penat kot. Okay dah setel jumpa doktor, pergi balik dekat nurse lelaki untuk hantar report yang doktor dah tulis. Then dalam 5 minit macam tu, nurse lelaki tu keluar dan bagi surat yang bersampul yang memang dah tak boleh buka sampul tu.

"Okay dah siap. Nanti bagi dekat Jabatan Agama ye. Okay tahniah! Awak dah boleh kahwin!" kata nurse lelaki itu kepada elyn. Nak tergelak pun ada dengar. Haha! Tapi rasa happy la bila part HIV test ni dah setel. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan elyn pada hari itu. ^_^

2 comments:

  1. Susahnya la kan Elyn? Tapi bila da selesai tu, leganya...Selamat berkahwin la macam tu ya :D

    ReplyDelete


up