Pengalaman Sesat dalam Negeri Sendiri

by - September 07, 2014

Assalamualaikum dan salam 1 Dunia..
Tetiba hari ini baru dapat semangat nak update blog. Actually nak cerita kisah tersesat semalam. Bila fikir balik rasa kelakar pun ada. Haha!
Alkisah..semalam aku pergi kenduri kahwin staff kat department di Taman Rimba, TTDI. Aku yang dari Senawang ni bertolak seorang diri ke rumah kawan aku di Taman LTAT, Bukit Jalil. So dari Bukit Jalil, aku gerak dengan kawan aku tu pergi ke Taman Rimba, TTDI. Setelah selesai bab makan dan sesi bergambar bersama pengantin dan kawan-kawan, kami pun bertolak balik dalam pukul 2 lebih kot. (Aku tak tengok jam pun time tu) 

Lepas tu aku teman kawan aku ni pergi The Curve. Teman dia beli dress yang cantik di Nichi, beli baju untuk kucingnya di Daiso dan juga beli karipap di IKEA. Sepanjang aku teman kawan aku ni pergi shopping, yang aku beli cuma 2 biji karipap dan sebotol air mineral di IKEA. Mood shopping aku tak datang pun time tu sebab memang tengah saving untuk beli barang kahwin. Kalau shopping pun semuanya related untuk majlis je.

Okay balik ke Bukit Jalil dah jam 6.15pm camtu. So bila aku lalu Tol Sg Besi, aku tengok kat board yang display trafik tu tertulis 'Trafik perlahan dari Nilai Utara ke Seremban'. So disebabkan aku nak elak trafik tu, aku decide untuk lalu ikut LEKAS. Okay masalah yang tak dijangka timbul bila aku lalu LEKAS. Damn!

Actually ini first time aku lalu LEKAS seorang diri. Sebelum ni kalau lalu LEKAS pun dengan ayah atau dengan kawan. Tapi semalam aku lalu seorang diri dan masa tu pulak dah pukul 6.30pm camtu. Satu kelemahan aku bila lalu LEKAS semalam, aku tak tahu nak exit mana satu. Nak exit Mantin, nanti keluar ikut jalan lama plak. Jalan tu plak seram sikit. Nak exit Senawang, aku tak jumpa pun lagi signboard yang tulis exit Senawang lagi berapa KM. Time tu plak dah pukul 7 lebih. Last-last aku decide untuk exit Ampangan. Yakin tak yakin terpaksa la lalu. Sekali masuk, alamak serius aku tak pernah lalu jalan tu. Dalam keadaan yang gelap malam, menambahkan lagi kerisauan aku. Waze aku plak dah tak berfungsi. Tetiba aku declare diri aku dah SESAT!

Serius jantung aku berdegup laju. Berjuta kali kot aku beristighfar minta pertolongan Allah untuk tunjukkan aku jalan pulang. Yang aku peliknya tu, aku dah nampak signboard AMPANGAN besar-besar, then aku assume jalan yang aku lalu tu jalan yang pernah aku lalu untuk balik ke Senawang dari Ampangan sebelum ni. Sekali salah jalan. Aku macam dah buntu gila. Dah banyak jalan aku masuk. Entah sampai mana-mana entah. Yang aku ingat jalan last skali aku sesat adalah Jalan Labu. Bawa kereta memang hati tak tenang kalau sesat seorang diri. Lastly aku decide untuk stop kat bahu jalan and call ayah aku. Ayah aku plak tak angkat call. Then aku nekad untuk u-turn kat situ.

Dalam beberapa saat lepas u-turn, adik aku call tanya kenapa call ayah tadi. Then aku pun cakap la aku dah sesat sebab exit Ampangan. Tengah cakap dengan adik aku ni, tetiba aku nampak sigboard arah ke Pusat Bandar. So aku pun cakap "Ok la..rasa macam dah jumpa jalan balik ni." So betul la assumption aku tu. Jalan yang aku lalu ni dah betul dah. Sampai je dekat traffic light nak masuk ke Palm Mall, ayah aku plak call tanya dah kat mana.

Okay 8.20pm baru aku sampai rumah. Gila tak gila aku sesat dalam 1 jam kot. Minyak pun banyak habis sebab asyik pusing cari jalan je. Pengalaman sesat ni tak mungkin aku dapat lupakan. First time wey sesat sensorang dalam negeri sendiri! Hahaha!


You May Also Like

0 7 Comments