Aku Terkena Penyakit Fibroadenoma

Assalamualaikum and hi..

Actually dah lama nak update entry about fibroadenoma ni tapi asyik tak ada mood je nak update blog post. Hurm. Entahlah. Banyak benda yang merunsingkan kepala otak ni. Btw, elyn nak share pasal fibroadenoma sebab elyn baru sahaja menjalani pembedahan kecil untuk buang fibroadenoma. Ramai juga yang tak tahu pasal penyakit ini. So elyn rasa better share my own experience. Maybe boleh bagi guide untuk orang lain.

Apa itu Fibroadenoma?

~Gambar sumber dari Google.com~

Mengikut kefahaman daripada pembacaan dan pengalaman elyn sendiri, fibroadenoma adalah sejenis breast lump (ketumbuhan berupa benjolan tisu keras) yang bukan kanser. Ia bersifat kenyal dan mudah bergerak di bawah kulit. Ia juga boleh mengecil atau membesar dan sesetengahnya akan hilang begitu sahaja. Terdapat dua keadaan mereka yang mempunyai fibroadenoma iaitu tidak sakit atau sakit jika disentuh. Mereka yang disahkan doktor mempunyai fibroadenoma perlu sentiasa memeriksa tumbesarannya kerana jika melebihi 4cm, pesakit dinasihatkan membuangnya. Ia juga berkemungkinan menjadi kanser jika membesar atau mempunyai tanda kanser yang lain. Walaupun peratusan menjadi kanser adalah kecil, pesakit masih perlu berhati-hati.

Bagaimana tahu ada Fibroadenoma?

Paling mudah, diri sendiri kena rajin cek breast. Tiap-tiap hari kena cek. Macam mana nak cek? Ala..breast sendiri, sendiri pegang la..make sure cek sampai ke ketiak. Kalau rasa macam ada ketulan keras yang boleh bergerak, bila ditekan tapi tidak sakit, itu berkemungkinan besar adalah fibroadenoma.

Apa yang perlu dilakukan jika terkena Fibroadenoma?

Perkara pertama yang kena buat adalah pergi ke klinik biasa untuk mendapatkan kepastian doktor. Macam elyn, elyn pergi in-house clinic sebab guna medical card. So tak payah nak keluar duit. Hihi. Make sure doktor di klinik itu adalah doktor perempuan. So tak ada la rasa segan sangat kan. Sebab doktor akan tengok dan pegang breast. Kalau tak tengok dan tak pegang, macam mana doktor nak tahu kan. Tapi kalau dah tak ada doktor perempuan, redha je la. Kalau di klinik itu ada scanner, doktor akan terus scan breast kita untuk tengok berapa saiz lump tersebut. Then doktor akan buat satu referral letter untuk rujukan ke hospital.

Apa prosedur di Hospital?

Ok elyn bagi situasi di KPJ Seremban Specialist Hospital ye sebab hari tu elyn buat surgery dekat hospital ni. Macam biasalah, kalau kita tak pernah pergi hospital tu, kita kena register dulu. Nanti staf tu akan tanya, kita nak pilih surgeon yang mana satu sebab ada 3 surgeon kat hospital tu. So pilih la mana yang berkenan. Next, kalau kita guna company insurance, kita kena verify GL. Then staf tu akan inform kita untuk pergi ke bilik surgeon yang kita dah pilih tadi tu.

Breast Scanning

Surgeon akan cek breast kita, then kita kena pergi Diagnostic Imaging Department pulak untuk doktor scan breast kita. Kalau guna scanner ni, lebih jelas berapa saiz lump tersebut. Lepas dapat result, datang balik jumpa surgeon tadi dan bagi dia result yang kita dapat tadi. Then, dia akan bagi kita pilihan either nak remove that lump or not. Depends on us. Nak remove boleh, tak nak pun takpe. Kalau nak remove, ada 2 pilihan either nak bius setempat or bius 1 badan. If tak nak remove, doktor akan ambil sampel tisu breast lump tu dengan cara cucuk sikit dekat lump tu. Cara dia macam ambil darah la. Tapi yang ni bukan ambil darah, tapi ambil tisu untuk make sure this lump is not cancer.

Berapa lama tempoh pembedahan pembuangan Fibroadenoma?

Based on my experience, tempoh masa untuk buang fibroadenoma adalah lebih kurang dalam 40 minit. Itu untuk satu breast lump yang agak besar saiznya. Kalau banyak nak kena buang, maybe takes time lagi la kan. Elyn hari tu surgeon suruh bius setempat je sebab katanya tak sakit pun. So elyn pun setuju je la. Honestly memang tak sakit. Masa dia bius dekat breast pun rasa macam kena inject biasa je la. Rasa macam kena gigit semut. Yang sakit pun, masa dia nak keluarkan lump tu sebab dia tekan breast kuat gila kot nak bagi benda tu keluar. Nak tak nak tahan je la. Huhu. Oh btw, kalau kita pilih nak bius setempat, maknanya breast je yang akan dibius. Kita memang tak akan tidur pun time tu. So bunyi gunting ke apa ke memang akan dengar dengan jelas. Umpama dibedah secara sedar la cuma tak rasa sakit je.

Berapa kos pembedahan pembuangan Fibroadenoma?

Overall total cost adalah berjumlah RM27++.++

Bagaimana dengan parut?

Awal-awal ni of course la ada kesan parut. Tapi surgeon yang elyn pilih ni memang bagus. Dia operate di bahagian yang kurang menampakkan kesan parut iaitu kawasan di sekitar nipple. Paham-paham sendiri la ye. Nak lukis malas pulak rasa. Haha. Lepas selesai operate tu, kita tak boleh bagi kawasan tu kena air lebih kurang 5 hari. Then after 5 days, datang balik jumpa dia, dia akan bagi ubat untuk hilangkan parut iaitu Dermatix. So apply to that area 2 kali sehari selepas mandi. InsyaAllah..lama-lama hilang la parut tu. Hehe.

Panjang gila entry kali ni kan? Haha. Memang duduk atas katil, update entry ni je. Kalau ada apa-apa yang tak faham atau confuse ke, boleh tanya dekat bahagian komen ok. 

Thanks for reading..^_^

86 comments:

  1. Singgah jap. Ouch...nyeri & ngeri. Memang risau jika ada yg tak normal di breast atau di rahim. Harap segera sembuh, ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn.. Thanks musliza! Skang ni tgh nak hilangkan parut je. ^_^

      Delete
  2. Sedihnya bila dpt tahu ada fibroadenoma. Risau semua ade. Nak buang tpi takut. Kalau tak buang tkut bagi kesan suatu hari nnti. Takpenah experience kena bedah. Serius takut. Kalau ambil bius satu bdn.. kita tidur ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dear..klu amik bius 1 bdn, time bedah tu kte xkan sedar punya..da abes bedah baru dy kejut kte..so klu takut, mintak kat doc nk bius 1 bdn..hehe

      Delete
  3. Assalam... as pun kena juga sakit fibroadenoma, tp x buat pmbedahan lg. Dah refer ke hsptal, then bln 7 br ambil sample tissue... tp tangan ke bahagian ketiak dah mula rasa lenguh... agak takut juga. Tp kat sarawak ni x tau mana klinik nak prgi refer lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dear..if doc ckp u kne fibroadenoma, insyaAllah xde pape..nnt da bedah buang lump tu dh ok dh t..hehe..semoga cepat sembuh ye! ;)

      Delete
  4. hai.. nak tanye dokter bagi brape ari mc ye lepas operate tu?

    ReplyDelete
  5. Salam. Sy td ambik sampel tisu kt lump, sy nk tanya kalau operate, bius 1 bdn dgn setempat bebeza x kos bayaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..maaf lambat reply sebab baru online..kos berbeza..if bius 1 badan lagi mahal kosnya..

      Delete
    2. Yeke.. Takut nye la kalo bius setempat je..

      Delete
    3. saya dulu pun mula2 takut jugak bius setempat..tapi xde rasa ape pn..don't worry k..:)

      Delete
  6. Hai nak tanya , kenapa saya pegi jumpa pakai either swasta atau kerajaan kedua dua nya tak bg pilihan nak buang terus atau ambil sample tisu . Dia suruh saya ambil tisu sahaja dulu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Jana, maaf lambat reply. Macam saya dulu pergi hospital kerajaan untuk dorang ambil sample tisu. Then, lepas dorang dah bagi result, baru saya tau yg itu fibroadenoma. Lepas tu saya dah tak follow up dgn hospital kerajaan sbb lambat sgt nk kena tunggu turn. Dah dekat setahun, baru sy rs mcm nk remove lump tu. Then sy pergi in-house clinic utk doc buat referral letter yg mengesahkan sy ada fibroadenoma. Then baru boleh proceed jumpa doc pakar utk remove lump tu. :)

      Delete
  7. salam..nk tny skit, bagi sample lump tu, sakit x? takut la.. 20/10/15 ni nk p hspital dh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm sis..sakit dy mcm kne gigit semut api je..sikit je skt dy..sis just relax je ms dy amik sample tu..:)

      Delete
    2. huhu...sekejap je kn..sbb sy mmg penakut + malu..

      Delete
  8. Sis dia punya parut dh hilang ke belum ye? Lama x masa nk hilang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parut dy kejap je hilang..dlm 2-3 minggu da hilang da..doc tu bg krim dermatix..mmg elok krim tu utk hilangkan parut yg masih lg baru..:)

      Delete
  9. Salam sis . Sy pon mengalami jugak . Operation time 17 tahun . And skg 19 tahun , naik lebih byk kt bekas operation sebelah kanan . Patut ke kena operate lagi? Sbb mmg tahu if pegi hosp mmg doct suggest operation je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dear..sis suggest better awk pergi je jumpa doc..if doc kate no need for operation, then xyah operate..:)

      Delete
  10. haii sista ,..sya nak tya kalau bius satu badan tu ade efek lain tak.maksudnya efek akan datg..heheh sebb xpnh lagii nk operate nii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye sis..yg tu sy x sure ade kesan ke x..nanti sis tanya doc ye..:)

      Delete
  11. salam sis,nk tanya berapa kos operatiion?anggaran utk buang fibroadenoma ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam azreeni..total cost not more than RM3k.

      Delete
  12. salam sis,nk tanya berapa anggaran kos pembedahan di kpj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sis, total cost not more than RM3k.

      Delete
  13. Salam sis! Im hanie. Saya pun akan buat this breast lump removal January ni. Nervous Allah je tahu heheh Memang dia dah advise siap2 akan bius area breast shj. Takut tak time removal tu? . MC berapa lama dia bagi ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sis hanie! Time mula2 doc nak buat operation tu memang takut jugak. Tapi once dia dah bius, takde rasa ape dah. Haha! MC time tu doc bagi 5 hari. :)

      Delete
    2. As salam.semuga dpermudah urusan operation. Blh share pengalaman.

      Delete
    3. Alhamdulillah dear Noraini, Semua berjalan lancar. Tunggu result plak :)

      Delete
  14. salam sis, by this month sy operate buang lump ni,lama x nk recover blk?sakit x lepas operate tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sis, lepas operate tu just rasa sakit sikit je..rasa macam gigit2 semut api je kt keliling tempat operate tu..dlm seminggu jgk la xboleh kena air kt tempat tu..

      Delete
  15. Salam...tok kos rawatan hspital krajaan,bpe kos die??mhal x?spe2 yg pnah wt opertion...tkot sngt x hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..utk kos rawatan hospital kerajaan sy x sure kena berapa..tp of course lg murah..utk operation tu xperlu takut sebab bila doc bius kt tempat tu, memang xde rasa ape dah..hehe :)

      Delete
    2. Siti Aishah, saya buat dengan gov hospital. Hanya bayar RM 24.00 sahaja. For 1st operation free :)

      Delete
    3. Murah kan buat dengan gov hospital..hehe :)

      Delete
  16. as salam sis. saya pon ade dapat Fibroadenoma ni. skang dah sampai final result and akan operation soon. boleh ke nak stop follow up dgn gomen terus pegi swasta ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..boleh je sis..sebab saya dulu pun terus stop follow up dengan gov and terus pergi hosp swasta..:)

      Delete
    2. Im going to do a surgery 27th ni. Wish me luck sis! Takutnya Ya Allah tuhan je tau :)

      Delete
    3. Hi hanie, good luck dear! Baca doa Nabi Yunus banyak2..InsyaAllah Allah permudahkan segalanya..:)

      Delete
    4. Alhamdulillah. It went well. Dah almost 2 weeks +. Awaiting my result now. Hopefully x de pape :) Thanks for your doa. Appreciate that! Will update also on my blog hehehe. Thanks again dear!

      Delete
    5. Alhamdulillah..Syukur..glad to hear that! Rest well dear! ;)

      Delete
    6. hai hnshanie...blh drop email tak kat sini..sy nk tnya awk..dzailin dzulkaflie pn boleh jgk..

      Delete
    7. Hai dear..if ade apa2 nk tny boleh je email sy kt xylenedz@gmail.com :)

      Delete
    8. Sorry late reply. haniekarim@gmail.com :)

      Delete
  17. Salam sis.. taun lepas dlm bulan 10 disahkn ade fibroadenoma belah bwh breast kiri. Full scan n sampel result cume fibroadenoma. Tp skrg muncul lump belah atas pulak dlm pkul 11 dgn 1. Bile nk dtg bulan mcm besar skit. Doc kate 1x1..n scan bulan 5 nti .. lamenye nk tgu. Tmpt fibrod lame mcm dah hilang.adekan pkul 11 dgn 1 tue kemungkinan fadonema jgk ye sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dear..maaf lambat reply..ade kemungkinan yg tu pun fibroadenoma jgk sbb sy pn sm mcm awk jgk..ade lebih dr 1 lump..tp yg kedua tu kecik je so sy decide utk biarkan je dlu..

      Delete
  18. Hi sis ! I nak tanya sis pantang makan tak after remove lump ? cause i bru jumpe your entry after i operate . So i nak tahu makanan apa yg boleh makan and tak boleh makan eh ? 😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear! Kalau ikut cakap doc, memang tak perlu pantang makan. So i memang tak pantang makan pun aritu. Alhamdulillah..everything went well..:)

      Delete
  19. Skrgcm maner keadaan sis??sy baru je operate......lps sbln sy rasa sakit n x selesa.....risau jgk....alhamdulillah result negatif cancer.....tp takut jgk sebenarnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sis dah ok sekarang..farhana still sakit lg ek? Ada kena buat follow up x dengan doc tu after operate?

      Delete
  20. Salam.. Sy dah setahun operate kes yg sma. And bulan 2 dapat tahu still ada lagi. Sy rasa 1 lump then bila pergi ultrasound jumpa dua. Tak la besar mcm first haritu . Just 0.5inc je. Kadang2 rasa kadang2 mcm tak je. So then doc ada decide untuk operate kalau nak. Sbb before ni dh pernah operate. Skrg mcm tak risau sgt dh. So sy hold dulu operate tgok lump membesar ke tak. Huhu just sharingg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi fiza, sy pn sm mcm awk dear..ade jgk lump kedua tp kecik lg..sy xdecide utk operate sbb lump tu x membesar pn..Alhamdulillah..:)

      Delete
  21. Salam awak.. saya pon 31 hb Mac yg lepas ni operate sama mcm awak jugak.. Tp sy tak tahu lepas operate ni awak ada pantang makanan ke?? Selain drpd telur yg tak boleh makan lah.. Lepas tu,, kalau awak pantang,, apa je ya yg tak boleh kita makan,, and bpe lama nak pantang makanan tu ya wak?? Hope awak bls question sya ni.. Sbp sya lapar lahhh,, asik makan sup sup jee hhee,, thanks awak Dzailin Dzulkaflie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dear, sy dpt je msg dr awk..hehe..
      Btw, tentang pantang makan, sy xpernah pantang mkn sbb doc pn ckp xyah pantang..so sy mkn je semua yg sy nak..Alhamdulillah xde side effect ape2..hehe

      Delete
  22. Ada pantang makanan x awak sis??

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde dear..sy mmg xde pantang makanan..:)

      Delete
    2. Askm sis..sy pun ada b.lump ukuran 2x11 mm..kecik je.doc nk buang day care je..skit x...bius setempat je kt breast blh

      Delete
    3. Waalaikumsalam Shazeri, saya dulu pun buang day care je..bius setempat jugak..Alhamdulillah tak rasa sakit masa dia buang tu..good luck ye sis..moga cepat sembuh..:)

      Delete
  23. Hai sis sy pn baru 5hr lepas operate fibroadenoma ni sebelah kiri. Alhamdulillah sy g hspital kerajaan so bayar pun tk mahal cuma RM53 je. Mmg doc kate tkpyh pantang tp mak suruh pantang jgk tkt bernanah kt dalam. Sbb ade jiran kt kg makan tk pantang kene toreh balik tempat luka tu sbb dah bernanah. Tu la rase lapar je perut ni da mcm org pantang beranak plk huhu .. Tp kesan dari operate tu sy rase lenguh kt bahagian breast. Harap2 kesan ni sekejap je la rase lenguh tu. Sy nk tnye sis macam mana nk hilangkan parut luka tu n kalo pakai ubat Dermatix tu mmg elok ke? Kt farmasi ade jual tk. Mahal tak ubat tu erkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dear, thanks share experience. Semoga sis cepat sembuh ye. Sy dulu doc yg bg ubat Dermatix tu. Memang hilang kesan parut tu. Cuma 5 hari la tak boleh kena air dekat bahagian yang operate tu. Kat farmasi ada jual Dermatix tu cuma sy tak tau harga dia berapa. :)

      Delete
  24. Salam..sy hari ni dh start amek sample tisu kt HKL...merisau kan jugak..tp sy mmg ada 2 3 lump kt breast kiri.tp yg obvious nye kt breast kiri bwh..tp sblm 2 dh wt ultrasound kt pusrawi,doc ckp fibrodenoma..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dear..sama la sy pun belah kiri je yg ada..take care ye awak..semoga Allah permudahkan urusan awak..:)

      Delete
  25. Assalamualaikum sis. Thanks for sharing sis punya experience. Sebelum ni dah baca dah entry psl operation ni tapi harini saje flashback balik sebelum operate heheh. Semoga Allah permudahkan urusan sis ye. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dear..thanks singgah baca blog post ni jugak..hehe..semoga Allah permudahkan urusan sis jugak..get well soon ye dear..:)

      Delete
  26. Assalam sis. nak tanya, fibrodenoma dtg balik tak after removed?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sis..kalau ikut pengalaman sy, once dh removed dy xdtg blk dh..tp sy ade terdgr org ckp yg lump tu xkan dtg dh once kte pregnant..

      Delete
  27. Lumps yg awk remove sblm ni ada brapa dzailin? Once kita dh remove akn ada blik x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg remove sebelum ni 1 je sis..yg tu pn remove sebab saiz dy agak besar..so doc nasihatkan utk remove je..pastu follow up lepas operation tu ade 2 lagi lump..tp saiz dy kecik je so doc kate xyah remove. Kalau ikut pengalaman sy, lump yg dh remove tu xdtg balik. Tp x sure la kalau org lain pernah kena balik after removed. Kena tny doc utk dpt kepastian. Hehe..

      Delete
  28. salam sis. sy pn ada juga fibrodenoma ni. 1st operation 2013 mcm tu. perasaan masa tu Allah je yg tahu. buat kt hospital gov lama nk tggu keputusan. so kali ni ada balik kt breast kanan. sbb dah ada pengalaman dulu , so since sy tau bende tu ada semula sy biarkan je dulu. mungkin lpas raya ni sy g check up & in sha Allah kalau ada rezeki igt nk refer kt swasta je. takot pulak rasa nak simpan bende ni lama2. haha. harap semua2 ok2 je. hehe. kdg2 trfikir sy je ke yg kene mcm ni. bila buka google,baca blog sis. mativasi la skit kt diri ni bila dh baca mcm tu kn. hehe. πŸ’•

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sis..Terima kasih sudi bc blog post sy ni..hehe..sy pun ade dua lg lump yg x remove sbb saiz dy kecik lg..skang sy dh stop follow up dgn doc sbb sy tgk xde perubahan pn pd saiz lump tu..doc kate klu saiz dy kecik xyah remove lg. Semoga Allah permudahkan urusan sis. Semoga kita sama-sama bebas daripada sebarang penyakit yg berbahaya. Amin. :)

      Delete
  29. salam Elin , boleh tahu surgeon mana elin ambil ye kat kpj seremban . i pun ada masalah yg sama. tgh dilema nak pilih surgeon yg mana .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sis..aritu I ambil surgeon yg namanya Dr Lim Yoong Lin kalau tak silap. :)

      Delete
  30. Elin doc kpj seremban surgeon nama apa ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply..huhu..nama doc tu Dr Lim Yoong Lin.

      Delete
  31. Hai..sy pon bru detect ade lump kat breast kanan..takot la,bln 10 ni bru scan😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak..klu betul ade fibroadenoma, don't worry k..klu doc suh operate buang, that would be better..;)

      Delete
  32. Salam sis. Nak tanya, masa ada lump tu kan, awak ada rasa tak selesa tak dkt tgn, mcm lenguh2 ke? Tanda2 lain yg bt kan awk trus dcide nak jumpa doc. Sy risau sbb sy rs cm ada lump,n tgn selalu lenguh. tq sis 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dear, masa saya kena tu tangan saya xde rasa lenguh. Bila rasa cam ade lump besar, memang saya rasa tak selesa n risau. Tu yg terus decide jumpa doc tu. Risau kalau ade penyakit lain ke kan. :)

      Delete
  33. Saje nak share ngan korang... sy 29 tahun... tahun 2013 dulu sy da buang fibroadenoma... 3 ketul.. semua belah kiri... tu pun sbb da terlalu besar (1st 5cmx3cm, 2nd 5cmx4cm, 3rd dia pecah jadi kecik²) dan mak dah marah gila(mak sy seorang nurse).. yela masa tu saya belum kahwin lagi malu la nak check bagai kan... tapi disebabkan sendiri pun cuak kalau tgk cermin pun mmg nampak beza... kalau dirumah pun mak marah².. doktor kat klinik(klinik kerajaan) dan hospital pun bising... sbb sy dah lama tau breast lump ni wujud( breast sy kecik jadi senang detect) kira² masa umur 19 tahun...

    Jadi sy pun check n masa angkat sample.. cuak tau.. sbb lump tu kat tengah²(ada yang kat tgh, ada yang kat atas)... sebab dia jarum tu panjang benar... pulak tu bahagian kiri, konon takut jarum tue tercocok sampai ke jantung la.. hehe.. tapi jangan risau diorg pandai la buat keje diorg heheh...

    sy operation mmg xsempat kira sampai lima tetiba da pengsan hehe... saya masuk OT dalam pukul 11.. mase sy da bgn tu jam da pukul 2.30

    mula² tu nak bangun pun xdpt... bukan sbb ape.. seksi sgt... takut bangun kang ternampak mane² anggota yang x perlu.. punye lame tunggu kaum kerabat... akhirnya datang pun kakak den... dapat la tukar baju tutup langsir dsb...


    parut operation sy ada 2.. satu area nipple tu.. satu kat atas... yang kat atas tu dia guna gam je untuk operation... masa nak tukar dressing tu yang atas tu bleeding... mak risau sy kene hematoma(darah beku)... tp mak ngan nurse sepakat kata xde pape berlaku berikutan sy sebuk sgt nak balik awal kan... haha...

    pengalaman sy dulu lump tu buat sy jadi sesak, kut ade angin nempel kat situ kot... sampai xleyh tidur... sebenarnye sy serik nak masuk hospital lagi memandangkan doktor pelatih kerumun sy lebih kurang 30 orang(dtg pergi)... sy ni pemalu.. tp kena interview check bagai.. huhuhu

    tapi yang dah buang lump pun kena hati².. sy sekarang da ada lump baru 2 ketul... tp x check lg... sbb sy sebenarnya xsuka pergi hospital walaupun sy pernah kerja dihospital.. huhu tu je la sy nak type.. tq ye sis heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq very much xhi chak dpt share experience awak kt sini. ;)
      Sy pun tak suka pergi hospital jugak. Dah stop pun follow up dgn doc. Patut kena follow up lg tp sbb malas dh nk g hosp, sy buat dek je la. Haha.

      Delete
  34. Salam sis..sy bru detect..yg sy ad lump.. Tp x sure lgi fibroadenema ke x...saiz dlm 3x3, n ,2x3...kamis ni bru nk buat ultrasound.. Sb ritu dh smbil sample.. Let say mmg fibroadenema..mmg kne buang ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Fatin, boleh je kalau tak nak buang. Tapi kalau lump tu besar sangat, digalakkan buang. Kalau kecik je tak perlu buang. :)

      Delete


up