Kelebihan Vitamin B-Complex Shaklee

by - October 30, 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru terasa nak update entry mengenai vitamin B-Complex Shaklee. First of all, entry ini bukan overclaim tentang kelebihan yang ada pada vitamin B-Complex Shaklee tetapi entry ini bertujuan untuk berkongsi manfaat yang diperolehi setelah makan vitamin B-Complex Shaklee.

Ini adalah pengalaman Elyn sendiri setelah makan vitamin B-Complex Shaklee selama 20 hari. Okay honestly Elyn memang ada masalah kitaran haid tidak teratur. Kiraan period memang tidak normal macam orang lain yang mengalami period normal. Sebagai seorang perempuan, itu salah satu nightmare yang berlaku pada diri. Seriously cuba tanya perempuan mana yang tidak risau kalau kitaran haid dia tidak normal? Semua risau okay!

Selain masalah kitaran haid tidak normal, Elyn juga mengalami masalah tekanan darah rendah. Bahayanya tekanan darah rendah ini adalah kalau kita pregnant, kemungkinan untuk mendapat penyakit anemia itu tinggi. So Elyn memang takut perkara itu berlaku pada diri Elyn. So untuk prevent diri Elyn daripada mendapat penyakit anemia, Elyn beli vitamin B-Complex Shaklee.

Kenapa Elyn pilih produk Shaklee? 

Vitamin B-Complex Shaklee lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang membantu menjaga kesihatan yang baik. Antaranya adalah B1, B2, B3, B6, Biotin dan Pantothenic Acid yang membantu badan untuk memproses protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Asid folik (B9) dan B12 pula membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan. Kandungan asid folik yang cukup dalam badan boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf, otak dan saraf tunjang. Kajian telah menunjukkan bahawa kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70% jika para ibu mengambil asid folik yang secukupnya.

Kelebihan yang Elyn peroleh?

1) Okay apa yang Elyn perasan selepas 12 hari makan vitamin B-Complex Shaklee ini, period Elyn yang dah sebulan lebih tidak kunjung tiba terus je datang menerpa. Alhamdulillah. Syukur sangat. Memang dah risau sebab sebulan lebih dah tak datang period. Gila tak risau! Bila period dah datang tu rasa macam bersyukur sangat! Haha..Okay mungkin ada yang kata mungkin BUKAN disebabkan makan vitamin ini tapi Elyn rasa vitamin ini secara tidak langsung dapat melancarkan kitaran haid yang tidak normal kerana salah satu fungsi asid folik adalah untuk kesuburan. Sebab itu Elyn cakap mungkin vitamin B-Complex Shaklee ini membantu melancarkan kitaran haid Elyn.

2) Normally kalau Elyn period, sehari ke dua hari sebelum period sehingga hari kedua atau ketiga period, Elyn akan kena senggugut. Senggugut ini memang boleh merosakkan mood seharian sebab menahan sakit yang amat. Sepanjang Elyn kena senggugut, Elyn tidak pernah sekali telan ubat pain killer atau ubat untuk period pain. Tetapi, setelah makan vitamin B-Complex Shaklee ini, bukan setakat period yang dah lama tak muncul pun muncul, tetapi period pain pun sudah tidak ada lagi! Alhamdulillah!

Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang kita peroleh daripada vitamin B-Complex Shaklee ini. Nanti Elyn akan update dari masa ke masa. Terima kasih kerana sudi membaca. Sebarang pertanyaan, boleh ditulis di ruangan komen.






You May Also Like

0 7 Comments