Tragedi yang Menimpa Pesawat MH370

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ini elyn percaya ramai yang sedang bersedih dengan berita yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak pada jam 10pm malam tadi.
Masa dengar berita tu pun, elyn dah nak menangis rasa. Mana tak nya, setelah 17 hari pesawat MH370 hilang, akhirnya berdasarkan analisis baru yang disediakan oleh Inmarsat (syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan), Inmarsat dan AAIB (Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK) telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
Elyn ucapkan takziah kepada semua keluarga crew dan penumpang pesawat MH370. Terimalah dengan hati yang tabah dan redha. Yakinlah bahawa setiap yang berlaku ini ada hikmahnya yang tersembunyi.

Apabila berlaku kejadian seperti ini, mari kita sama-sama muhasabah diri. Secanggih mana pun teknologi itu, jangan kita lupa bahawa kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Lihat sahaja kejadian yang menimpa kapal Titanic. Kapal Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia “tidak mungkin tenggelam”. Tapi lihat apa yang berlaku? Kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Mari kita baca balik surah Yaasin ayat 41-44:

لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.

وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kenderai seperti bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ
43. Dan jika Kami menghendaki nescaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) kerana rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

-DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali-

Kelebihan Solat Sunat Subuh

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ini elyn nak share kelebihan atau ganjaran yang kita dapat bila kita buat Solat Sunat Subuh atau dikenali dengan nama Solat Fajar atau Solat Qabliyah.

Tahu tak yang solat sunat Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahalanya jika dibandingkan dengan solat sunat yang lain.

"Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum ataupun qabliyah Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya." (Hadis Riwayat Muslim)

Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun, jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah SAW sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh.

Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah r.a., beliau berkata:
"Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah SAW selain solat sunat sebelum Subuh." (HR Al-Bukhari)

Cara-cara menunaikan solat sunat Subuh:

1) Pastikan sudah masuk waktu Subuh

2) Niat

3) Bacaan Surah

Rakaat 1: Surah Al-Kafirun
Rakaat 2: Surah Al-Ikhlas


Sebenarnya elyn baru tahu kelebihan menunaikan solat sunat Subuh ini semasa menghadiri kursus kahwin hari tu. Sangat bersyukur sebab rasanya masih belum terlambat untuk elyn start amalkan solat sunat Subuh ini. Bukannya lama pun kan. Dalam 3 minit je.

Jom sama-sama kita perbaiki diri untuk menjadi insan yang tidak berada dalam kerugian. Solat sunat Subuh ini adalah salah satu shortcut untuk dapat banyak pahala. Kita dah la banyak dosa, so jangan la malas untuk tambah pahala.

Renung-renungkan, fikir-fikirkan dan selamat beramal. ^_^

77% Off from Photobook Malaysia

Assalamualaikum and hi!
Ingat tak post semalam yang aku tulis tak sabar nak balik rumah tu? Haa..post ini adalah jawapan kepada post semalam. Haha!
Hari ini aku nak share about special discount from Photobook Malaysia bagi sesiapa yang ingin memiliki Poster bersaiz A3 dengan harga yang paling murah! Kenapa aku cakap murah? Sebabnya normal price untuk 4-Piece Personalised A3 Poster Prints adalah berharga RM107 include postage. But now Photobook Malaysia bermurah hati memberi diskaun sebanyak 77% untuk 4-Piece Personalised A3 Poster Prints. Boleh pilih either nak portrait or landscape orientation.
4 keping poster yang penuh dengan gambar-gambar Majlis Pertunangan aku yang lepas. Kualiti bagus. Submit order 10/3, sampai kat rumah 12/3. Cepat gila kan? Lepas ini boleh frame dan gantung dalam bilik. Hihi!

Kalau korang tak nak terlepas peluang memiliki 4 keping poster bersaiz A3 dengan harga yang murah, korang boleh order di SINI dan klik Buy Now! Lepas dah dapat voucher code tu, download and install software yang disediakan untuk design sendiri korang punya poster. Dah siap design semua, boleh terus submit dan ikut arahan seperti yang tertera di bahagian 'HOW IT WORKS'. Cepat-cepat dapatkan voucher code sebelum deal tamat!

#6 Wordless Wednesday


Tak sabar nak balik rumah woi! Why? 
Okay wait for my next post!

Okay bye! ^_^





Kursus Kahwin 2014

Assalamualaikum and hi!
Post kali ini aku nak share pengalaman menghadiri kursus kahwin di Seremban, Negeri Sembilan. Aku ambil kursus kahwin di Usrati Centre, Sikamat pada 8 & 9 Mac 2014. Okay yang bestnya tentang Usrati Centre ini, penceramah-penceramah dia memang terbaik! Pandai buat lawak dan pandai attract orang untuk dengar ilmu yang dikongsi oleh mereka. Alhamdulillah aku dapat banyak ilmu selama 2 hari menghadiri kursus kahwin ini.

Keistimewaan Usrati Centre
Okay nak tahu tak apa yang membezakan Usrati Centre dengan pusat-pusat kursus kahwin yang lain? Haaa..sebenarnya owner Usrati Centre ini adalah seorang doktor. Klinik dia pun dekat je dengan Usrati Centre ini. Yang paling best ambil kursus kahwin di sini adalah disebabkan ada satu slot yang diajar oleh doktor itu sendiri secara percuma kepada para peserta. Slot itu tidak termasuk dalam tentatif kursus pra perkahwinan. Slot itu bertajuk ovulation, perception and gender selection. Antara 2 perkara yang aku ingat adalah macam mana nak dapat anak lelaki/perempuan dan macam mana nak tahu waktu subur isteri. Memang menarik! Untuk yang plan nak dapat anak cepat/lambat, anak lelaki/perempuan, boleh try cara yang diajar oleh doktor itu. InsyaAllah berkesan. ^_^

Okay untuk mereka yang berada di sekitar Negeri Sembilan dan tak ambil lagi kursus kahwin, aku syorkan korang ambil kat sini. Daftar online kat blog Usrati Centre. Nak parking kereta/motor pun senang. Penceramah best. Breakfast and lunch disediakan. Yuran standard RM80. Sijil terus dapat sebaik sahaja tamat kursus.

Yeay! Dah boleh kahwin! :-P

Keyword:
Kursus kahwin area Seremban

Special Offer for Domain .COM

Assalamualaikum and hi!
Actually tadi tergerak hati nak tukar blogspot aku yang berhabuk ni ke domain .com. So terus la jari ini menaip URL GoDaddy di Chrome browser. Sekali tengok ada special offer plak untuk domain .com. So tunggu apa lagi? Rembat je terus! Haha.
Ce intai aku punya URL blog sekarang apa? www.dzailindzulkaflie.com kan? Yeayyy! Dah takde lagi .blogspot macam dulu. Hihi. Baru la semangat nak blogging semula. Ceh! Kononnnnn..haha.
Btw, untuk korang yang rasa nak ada domain .com dengan harga serendah RM10 setahun, boleh la usha website GoDaddy sekarang. Tak tahu la offer dia ni sampai bila. TAPI! Korang kena tahu yang special offer ini untuk first year je taw! Means RM10 tu untuk first year je. Untuk renew for the next year, korang kena bayar macam harga asal dia la. Hehe.

If korang tak nak beli domain GoDaddy sebab rasa macam mahal sangat kan, korang boleh beli domain kat Exabytes yang pada aku kira murah juga la. Tapi since dari dulu pun aku memang beli domain dengan GoDaddy, so untuk personal blog pun aku nak beli dari GoDaddy juga. Kira pembeli domain setia gitu. Haha!

So happy blogging semua! Eh?! ^_^

Keyword : Domain paling murah

Review : The Beggar Hero

Assalamualaikum and hi!
Hari ini terasa macam nak buat review filem pulak. Hihi.
So filem yang terpilih untuk di'review' adalah filem The Beggar Hero. Aku cerita main point je la kat sini ye sebab nanti kalau cerita full, tak best la kalau dah tahu kronologi cerita tu kan. Hehe.
Actually filem ini adalah sebuah filem Cina yang bagi aku not bad la jalan cerita dia. Boleh gelak-gelak jugak la kalau tengok. Filem ini diarahkan oleh Bryan Gao. Kisahnya dari awal sampai akhir tentang pengemis. But seriously cerita ini best la bagi aku sebab dia ada isi. Tagline dia yang aku tak lupa sampai sekarang ialah "Nothing is impossible".

 FYI, ini adalah filem Cina pertama yang aku tengok kat wayang dengan En Tunang. Ini juga adalah kali pertama kami tengok wayang yang dalam hall tu semuanya Chinese, cuma kami je Malay. Haha. Asalnya kami nak tengok cerita lain tapi sebab cerita tu not available untuk waktu itu, so terpaksalah pilih cerita yang ada je. Huhu. But luckily kami pilih untuk tengok cerita ni. Tak menyesal okay! ^_^

up