Resipi Kuih Cara Berlauk

*gambar sekadar hiasan*

Bahan untuk batter:
  1. Tepung gandum - 2 cawan
  2. Santan - 3 1/2 cawan
  3. Telur - 1 biji
  4. Pewarna kuning - 2 sudu kecil
  5. Perisa pandan - 1/2 sudu kecil 
  6. Garam - secukup rasa
Cara membuatnya:
  1. Gunakan blender: Pecahkan telur dan masukkan ke dalam blender bersama garam secukup rasa.
  2. Kisarkan seketika dan masukkan santan. Kisarkan sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung dan kisarkan sehingga sebati.
  4. Selepas itu, masukkan pewarna kuning dan perisa pandan. Kisar sehingga sebati. 
  5. Panaskan waffle ajaib, sapukan sedikit minyak masak, tuangkan ke dalam periuk waffle ajaib. Tutupkan.
  6. Perlahankan api. Biarkan selama 20 minit.
  7. Sedia untuk dihidang.

Resipi Lempeng Kelapa

*gambar sekadar hiasan*

Bahan-bahan:
  1. Tepung gandum - 2 cawan (diayak)
  2. Kelapa parut - 1 cawan
  3. Air - secukupnya
  4. Garam - secukup rasa
Cara membuatnya:
  1. Satukan semua bahan tadi di dalam bekas, kecuali minyak/mentega.
  2. Gaul sehingga sebati dan sekata (jangan terlalu pekat atau cair).
  3. Panaskan minyak/mentega secukupnya di dalam penutup pan ajaib.
  4. Setelah cukup panas, masukkan sesenduk adunan tadi dan ratakannya mengikut saiz penutup pan ajaib.
  5. Masak sehingga kedua-dua belah lempeng tersebut keperang-perangan.
  6. Siap untuk dihidang dengan sambal tumis/sardin bersama kopi o.

Resipi Ayam Percik Sos Mempelam

*gambar sekadar hiasan*

Bahan-bahan:
  • 5 ketul peha ayam tanpa tulang yang telah dicuci bersih. Perap bersama bahan A, minyak masak sawit dan 1 sudu teh garam. Perap selama 3 jam.
Bahan A:
  1. Kunyit hidup - 2 inci
  2. Halia - 2 inci
  3. Bawang putih - 3 ulas
  4. Serai - 2 batang
Bahan sos mempelam:
  1. Mempelam masak / mangga - 1 biji (dikupas kulit dan dikisar bersama 1 cawan air)
  2. Tepung gandum - 1 sudu besar (dibancuh dengan sedikit air)
  3. Bawang putih - 3 ulas (dikisar)
  4. Bawang besar - 1/2 biji (dikisar)
  5. Daun pudina - 20 helai (dihiris halus)
  6. Susu cair - 1/2 cawan
  7. Sos ikan - 1 sudu besar
  8. Dadih kosong (yogurt) - 2 sudu makan
  9. Minyak masak sawit - 5 sudu
  10. Air - 1/2 cawan
  11. Garam - secukup rasa
  12. Gula - 5 sudu makan atau ikut citarasa anda
Cara membuatnya:
  1. Untuk membuat sos mempelam, panaskan minyak di dalam pemanggang ajaib. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan jus mempelam, daun pudina, susu cair, dadih, sos ikan, masak hingga mendidih. Kemudian masukkan gula, garam dan tepung gandum, masak hingga mendidih sambil dikacau-kacau hingga pekat. Ketepikan.
  3. Panaskan pemanggang ajaib, masukkan 1 sudu besar minyak sawit.
  4. Letakkan ayam yang diperap tadi dan panggang ayam sambil dibalik-balikkan hingga ayam hampir empuk (10 minit).
  5. Keluarkan ayam dan celupkan ke dalam sos mempelam tadi dan panggang lagi hingga ayam empuk.
  6. Sewaktu hendak menghidang, tuangkan sedikit sos mempelam di atasnya.
  7. Sesuai dimakan bersama nasi, kentang goreng atau roti.

Resipi Ikan Kukus Halia

*gambar sekadar hiasan*

Saiz hidangan: 5 orang
Masa: 20 minit

Bahan-bahan:
  1. Ikan siakap - 700gm (dibersihkan dan dikelar)
  2. Bawang kecil - 3 biji (dihiris nipis)
  3. Bawang putih - 5 ulas (dicincang)
  4. Halia - 3 cm (dihiris memanjang)
  5. Serai - 2 batang (diketuk)
  6. Limau nipis - 1 biji
  7. Daun ketumbar - 3 tangkai (dihiris besar)
  8. Minyak masak - 5 sudu besar
  9. Garam - secukup rasa
  10. Air - secukupnya
Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak masak, masukkan bawang putih yang telah dicincang dan goreng sehingga kekuningan. Ketepikan.
  2. Gaulkan ikan bersama dengan garam secukupnya.
  3. Menggunakan periuk ajaib, masukkan air, letakkan jaring, masukkan ikan, halia, serai, bawang kecil dan tutupkan periuk ajaib tadi dan kukuskan selama 20 minit.
  4. Setelah masak, tuangkan minyak bawang putih dan hiaskan bersama limau nipis dan daun ketumbar.
  5. Sedia untuk dihidang.

Resipi Kuih Koci

*gambar sekadar hiasan*

Saiz hidangan: 5 orang
Masa: 20 minit

Bahan untuk inti:
  1. Kelapa parut - 2 cawan
  2. Gula - 3/4 cawan
  3. Gula merah - 3 sudu besar
  4. Air - 1 cawan
  5. Tepung gandum - 2 sudu besar
Bahan untuk adunan:
  1. Santan - 1 cawan
  2. Tepung pulut - 500gm
  3. Kapur makan - 12 sudu kecil
  4. Air - 1/2 cawan
  5. Daun pisang - secukupnya (dilayur)
  6. Minyak masak - secukupnya
Cara membuatnya:
  1. Untuk inti: Masukkan gula dalam kuali/periuk dengan menggunakan api yang perlahan. Kacau sehingga gula bertukar menjadi keperangan.
  2. Kemudian masukkan air dan kacau sehingga sebati dan rata.
  3. Selepas itu masukkan gula merah dan kacau sehingga gula larut dan masukkan kelapa parut dan kacau sehingga agak kering.
  4. Taburkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan diselang-seli dan kacau sehingga sebati. Ketepikan.
  5. Untuk adunan: Bancuhkan kapur makan bersama air dan kacau sehingga sebati. Ketepikan.
  6. Kemudian satukan santan dengan tepung pulut dan kacau sehingga sebati.
  7. Selepas itu masukkan air kapur (bahagian atas air kapur) sedikit sehingga dapat membentuk bebola yang sederhana besar.
  8. Masukkan inti tadi di bahagian tengah dan bentukkan menjadi bebola semula. Buatkan sehingga adunan habis.
  9. Ambil sehelai daun pisang dan sapukan sedikit minyak masak. Kemudian masukkan bebola tadi dan lipat mengikut bentuk tersendiri.
  10. Masukkan di dalam periuk ajaib dan kukus selama 30 minit.
  11. Sedia untuk dihidang.

Resipi Ayam Goreng Berempah

*gambar sekadar hiasan*

Saiz hidangan: 5 orang
Masa: 20 minit

Bahan-bahan:
  1. Peha ayam - 5 ketul (dibersihkan)
  2. Serbuk kunyit - 1 sudu besar
  3. Serbuk kari ayam & daging - 2 sudu besar
  4. Serbuk cili - 2 sudu besar
  5. Tepung gandum - 2 sudu besar
  6. Daun kari - 3 tangkai
  7. Gula - 1 sudu kecil
  8. Garam - secukup rasa
  9. Minyak masak - secukupnya untuk menggoreng
Bahan kisar:
  1. Bawang besar - 1 biji
  2. Bawang putih - 3 ulas
  3. Lengkuas - 1 cm
  4. Halia - 1 cm
  5. Serai - 4 batang
  6. Ketumbar biji - 1 sudu besar
  7. Jintan manis biji - 1/2 sudu besar
  8. Jintan putih biji - 1/2 sudu besar
Cara membuatnya:
  1. Ayam dicucukkan dengan garpu pada semua bahagian berdaging dan masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Gaulkan ayam tadi bersama dengan garam dan serbuk kunyit.
  3. Kemudian masukkan serbuk kari ayam dan daging, serbuk cili gaulkan sehingga rata.
  4. Masukkan bahan kisar dan gaulkan sehingga rata.Perapkan seketika (lebih baik semalaman atau 2-3 jam).
  5. Panaskan minyak masak di dalam periuk goreng ajaib untuk menggoreng terendam.
  6. Sebelum menggoreng taburkan tepung gandum, daun kari dan gaulkan sehingga rata.
  7. Kemudian gorengkan sehingga warna ayam menjadi keemasan dengan menggunakan api sederhana.
  8. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.

Cara Menghilangkan Kelemumur dan Melembutkan Rambut Secara Tradisional

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda ada masalah kekusutan rambut? Dah guna pelbagai shampoo and conditioner but still kusut? Juga menghadapi masalah kelemumur? Yes anda perlu baca post ini kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk atasi masalah tersebut. Wahhh..macam buat iklan dalam tv plak..kahkahkah!

Okay straight to the point. Tahu tak apa keistimewaan limau nipis? Haaa..banyak kelebihan limau nipis ni sebenarnya. Selain boleh buat teh o ais limau, limau nipis juga digunakan dalam perubatan dan kecantikan. Tapi kat sini Elyn just nak focus tentang kelebihan limau nipis dalam kecantikan.

Rasanya ramai yang tahu limau nipis boleh memecahkan lemak dalam badan kan? Tapi tak ramai yang tahu limau nipis boleh menghilangkan kelemumur sekaligus melembutkan rambut dan juga boleh mengharumkan bau badan. Okay caranya cukup mudah. Don't worry..ikut sahaja steps seperti di bawah.
1) Ambil sebiji limau nipis dan potong kepada 4 bahagian. Kiri, kanan, depan, dan belakang. Sila lihat gambar di bawah kalau tak tahu cara nak potong. Means nanti ada 5 bahagian la semuanya termasuk bahagian tengah.

2) Isi air dalam 1/3 baldi macam tu. Then, masukkan kelima-lima bahagian limau tadi di dalam baldi yang berisi air tersebut. Then, perahkan ia sambil berselawat. Make sure perah limau tu dalam air dan bukannya atas permukaan air. So that takde la nanti air limau yang diperah tu terpercik ke luar.

3) Bila dah siap bersihkan badan semua (kira macam dah siap mandi la), sental badan dengan limau nipis yang dipotong tadi. Then, bilas badan dengan air perahan limau tadi. Jirus air dari atas kepala. Make sure rambut dan badan semua kena air perahan limau tu.

4) Biarkan ia kering di badan seketika dan biarkan sahaja sisa-sisa limau yang melekat di badan dan rambut. Don't worry..mandi dengan air limau nipis ni tak melekit pun..malah buat badan lagi rasa fresh..^_^

Okay lepas dah siap mandi dengan air limau ni, boleh la cium-cium tangan sendiri. Belai rambut sendiri. Mesti bau limau kan? Hihi..Masalah kelemumur bukan sahaja dapat diatasi, malah rambut anda akan jadi lembut selembut-lembutnya macam anda pakai conditioner! Mesti sepanjang hari rasa nak belai rambut je nanti! Haha~

~Selamat Mencuba~

Cerita Di Sebalik White Coffee

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! 
White coffee sedap kan? Siapa suka minum white coffee kita memang geng! Hehehe~ Tapi tahukah anda dari mana asalnya white coffee ini? Tempat mana yang paling best buat white coffee? Kalau nak tahu lebih lanjut tentang white coffee, anda boleh refer article The True Story Of White Coffee. Kat dalam artikel tu penuh dengan gambar-gambar menarik lagi. Hehehe.

Kalau kita perasan kat mana-mana tempat pun mesti ada Old Town White Coffee kan? Tengok namanya je pun dah menunjukkan dari mana asalnya white coffee ni. Okay sebenarnya white coffee ini berasal dari Ipoh Old Town. Haaa..Ipoh mali maaa! Patutlah Ipoh White Coffee yang Elyn selalu beli tu sedap je rasanya. Rupanya white coffee memang berasal dari Ipoh. Bangga jap jadi orang Perak. Hihihi~ So kalau pergi Ipoh, jangan lupa minum white coffee kat sana taw! 

~Jom berehat bersama Ipoh White Coffee~

Destinasi Bajet: Tempat dan Aktiviti Menarik di Port Dickson

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Yuhuuuu..haaa..nampak tak kegembiraan update blog di situ? Hihihi~
Meh sini Elyn nak kongsi dengan anda semua sedikit info tentang apa yang best di Port Dickson. Siapa tak tahu Port Dickson atau lebih dikenali dengan nama PD, dia bukan orang Malaysia. Eh??! Haha..Actually PD merupakan pantai yang paling popular di Negeri Sembilan. Okay..jom layan gambar sambil baca info yang Elyn selitkan di situ ye. This is unplanned trip with my friend, Izyan. Just think and go!

Okay first skali kami pergi ke Eagle Ranch Resort. Eagle Ranch Resort ini tempatnya memang menarik. Accommodation tersangatlah awesome! It's very unique. Tak macam tempat lain yang biasanya berbentuk petak je kan. Ada macam-macam aktiviti yang anda boleh buat kat sini. Recommended bagi sesiapa yang nak buat team building kat sini. Nak tahu info lanjut, boleh ke laman web Eagle Ranch Resort.
Kami beli package voucher untuk Go Kart & Horse Riding. Tak mahal. Only RM38/pax. If nak main archery pun ada. Shooting gallery pun ada. Tapi harga pakej lain-lain la. Untuk newbie boleh la ambil pakej-pakej macam ini. Tapi untuk yang pro, tak perlu rasanya. Haha!
Okay lepas kami dah bersuka ria di Eagle Ranch Resort, kami singgah makan pula di gerai tepi jalan yang tak jauh dari situ. Kat situ ada makanan yang sesuai dimakan ketika cuaca panas seperti ABC dan cendol. Pisang goreng, roti sardin, putu piring pun ada. Even burger pun ada dijual di situ. Makanan panas seperti bihun sup, mee kari dan laksa juga ada. Harga memang berbaloi. Harga untuk makanan panas cuma RM3/mangkuk. Rasanya pun not bad.
Okay sambil makan sambil berfikir ke mana lagi kami nak pergi selepas ini. So kami decide nak pergi ke Teluk Kemang. Teluk Kemang sangat famous di PD. Ramai yang pergi PD bermandi-manda di Teluk Kemang sebab kat sini tempat makan pun banyak, tempat untuk beli cenderahati pun banyak. Bagi yang nak berkelah tu memang sesuai sangat pergi ke Teluk Kemang sebab banyak kerusi dan meja disediakan di tepi pantai. Siap ada payung sekali. So tak la panas kan? Kat situ anda boleh naik bot yang boleh naik ramai-ramai khas untuk menikmati pemandangan di tengah laut. Selain itu, anda juga boleh main banana boat, kayak dan jet ski. Tapi kami tak main semua tu di sini. Kenapa? Sebab kami tak suka tempat yang ramai orang. Tak best. Haha! So kami decide untuk pergi ke Blue Lagoon atau nama melayunya Tanjung Biru. Tapi sebelum itu, kami singgah dulu di kedai cenderahati yang ada di situ. Elyn just beli t-shirt je sehelai. Harganya RM20.
Okay bagi sesiapa yang tak berapa suka nak mandi-manda kat tempat yang ramai sangat orang, anda boleh pergi ke Blue Lagoon. Kalau nak bermalam, boleh stay kat Tanjung Biru Condominium. Tempat tu sangat strategik sebab dekat sangat dengan pantai. Boleh jalan kaki je. Pastu kalau malam-malam rasa panas, boleh buka sliding door tu and terus terjun dalam swimming pool kat situ. Best gila kan? Okay itu yang Elyn pernah buat dengan kawan-kawan masa praktikal untuk meraikan tamatnya praktikal kami di Mesiniaga Berhad. Serious best! Okay kat Blue Lagoon ni juga ada banana boat and kayak. So kami pilih untuk main kayak sebab kami cuma berdua. Kalau nak main banana boat best main ramai-ramai. Main kayak cuma RM10/pax/hour. Best juga la sampai jauh ke tengah laut. Dengan ombak laut lagi. Memang best sampai berani selfie lagi tengah laut. FYI, Elyn bawa hp and kunci kereta sekali masa berkayak sebab takkan la nak tinggal kat orang yang tukang jaga tu pulak kan. So abang tu bagi plastik kat Elyn untuk letak hp dan kunci kereta supaya tak basah kena air masa berkayak nanti. Thanks abang kayak. LOL.
Okay dah habis kayaking, kami terus balik ke Senawang. Pengalaman yang tidak akan dilupakan dan InsyaAllah akan datang ke Port Dickson lagi. Btw, Elyn happy sangat sebab muka dah tak sunburn lagi even berjemur tengah panas terik. Kalau tak dulu berjemur sekejap pun dah sunburn. Thanks to Vitamin C & Vitamin E Shaklee. ^_^

Go Kart & Horse Riding = RM38
Bihun sup + teh o ais = RM4
T-Shirt = RM20
Kayaking = RM10
Total = RM72

~Thanks for reading~

Keywords:
Review Eagle Ranch Resort
Review Teluk Kemang
Review Blue Lagoon

Kelebihan Vitamin C

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Secara umumnya ramai yang tahu vitamin C ini bagus untuk kulit. Ye betul ia bagus untuk kulit. Selain itu, vitamin C juga merupakan satu antioksidan yang kuat. Vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.
Sustained Release Vita-C Plus 500mg
All-Natural Vitamin C Delivered Hour After Hour
180 tablet/180 sajian

Apakah kelebihan vitamin C Shaklee dengan vitamin C yang lain?
  • Shaklee Sustained Release Vita-C Plus merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam.
Siapa yang perlu mengambil vitamin C?
  • Mereka yang inginkan kulit yang cantik, licin dan tegang kerana vitamin C membantu pembentukan kolagen dalam badan.
  • Mereka yang menghidap penyakit darah tinggi kerana dengan pengambilan vitamin C, ia dapat mengelakkan pesakit daripada terkena strok dan penyakit jantung tersumbat. Vitamin C dapat menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah dan membantu proses metabolisma kolestrol.
  • Mereka yang merokok kerana vitamin C dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang kita daripada mengalami kerosakan yang teruk.
  • Mereka yang selalu mengalami stress atau tekanan kerana stress boleh memusnahkan vitamin C dalam badan. Mengikut Dr Bruce Miller, "the more you stress, the more you need vitamin C". Apabila badan kekurangan vitamin C, sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
  • Mereka yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi berdarah, gigi mudah tercabut, luka lambat sembuh, dan pendarahan dalam otot dan sendi. Ini disebabkan oleh kekurangan vitamin C dalam badan kerana vitamin C umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka.
  • Mereka yang tidak suka makan buah-buahan atau sayur-sayuran. Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun ada di antara kita yang tidak suka atau tidak sempat untuk makan seperti yang disyorkan. Jadi, vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, "dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan dengan 7 setengah biji buah oren".
Cara pengambilan vitamin C Shaklee:
  • 1 biji sehari diambil selepas breakfast/dinner. Best taken with Vita-Lea.
Harga vitamin C Shaklee:
  • Harga sebotol vitamin C Shaklee adalah RM92.50. 
  • Jika anda ingin mendapatkan harga diskaun, boleh hubungi Elyn dengan kadar yang segera.

Dzailin Dzulkaflie,
Shaklee Independent Distributor
ID: 1136333
SMS/WhatsApp: 0102665956

up