Kelebihan Vitamin B-Complex Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru terasa nak update entry mengenai vitamin B-Complex Shaklee. First of all, entry ini bukan overclaim tentang kelebihan yang ada pada vitamin B-Complex Shaklee tetapi entry ini bertujuan untuk berkongsi manfaat yang diperolehi setelah makan vitamin B-Complex Shaklee.
Ini adalah pengalaman Elyn sendiri setelah makan vitamin B-Complex Shaklee selama 20 hari. Okay honestly Elyn memang ada masalah kitaran haid tidak teratur. Kiraan period memang tidak normal macam orang lain yang mengalami period normal. Sebagai seorang perempuan, itu salah satu nightmare yang berlaku pada diri. Seriously cuba tanya perempuan mana yang tidak risau kalau kitaran haid dia tidak normal? Semua risau okay!

Selain masalah kitaran haid tidak normal, Elyn juga mengalami masalah tekanan darah rendah. Bahayanya tekanan darah rendah ini adalah kalau kita pregnant, kemungkinan untuk mendapat penyakit anemia itu tinggi. So Elyn memang takut perkara itu berlaku pada diri Elyn. So untuk prevent diri Elyn daripada mendapat penyakit anemia, Elyn beli vitamin B-Complex Shaklee.

Kenapa Elyn pilih produk Shaklee? 

Vitamin B-Complex Shaklee lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang membantu menjaga kesihatan yang baik. Antaranya adalah B1, B2, B3, B6, Biotin dan Pantothenic Acid yang membantu badan untuk memproses protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Asid folik (B9) dan B12 pula membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan. Kandungan asid folik yang cukup dalam badan boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf, otak dan saraf tunjang. Kajian telah menunjukkan bahawa kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70% jika para ibu mengambil asid folik yang secukupnya.

Kelebihan yang Elyn peroleh?

1) Okay apa yang Elyn perasan selepas 12 hari makan vitamin B-Complex Shaklee ini, period Elyn yang dah sebulan lebih tidak kunjung tiba terus je datang menerpa. Alhamdulillah. Syukur sangat. Memang dah risau sebab sebulan lebih dah tak datang period. Gila tak risau! Bila period dah datang tu rasa macam bersyukur sangat! Haha..Okay mungkin ada yang kata mungkin BUKAN disebabkan makan vitamin ini tapi Elyn rasa vitamin ini secara tidak langsung dapat melancarkan kitaran haid yang tidak normal kerana salah satu fungsi asid folik adalah untuk kesuburan. Sebab itu Elyn cakap mungkin vitamin B-Complex Shaklee ini membantu melancarkan kitaran haid Elyn.

2) Normally kalau Elyn period, sehari ke dua hari sebelum period sehingga hari kedua atau ketiga period, Elyn akan kena senggugut. Senggugut ini memang boleh merosakkan mood seharian sebab menahan sakit yang amat. Sepanjang Elyn kena senggugut, Elyn tidak pernah sekali telan ubat pain killer atau ubat untuk period pain. Tetapi, setelah makan vitamin B-Complex Shaklee ini, bukan setakat period yang dah lama tak muncul pun muncul, tetapi period pain pun sudah tidak ada lagi! Alhamdulillah!

Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang kita peroleh daripada vitamin B-Complex Shaklee ini. Nanti Elyn akan update dari masa ke masa. Terima kasih kerana sudi membaca. Sebarang pertanyaan, boleh ditulis di ruangan komen.






Aku Terkena Penyakit Fibroadenoma

Assalamualaikum and hi..

Actually dah lama nak update entry about fibroadenoma ni tapi asyik tak ada mood je nak update blog post. Hurm. Entahlah. Banyak benda yang merunsingkan kepala otak ni. Btw, elyn nak share pasal fibroadenoma sebab elyn baru sahaja menjalani pembedahan kecil untuk buang fibroadenoma. Ramai juga yang tak tahu pasal penyakit ini. So elyn rasa better share my own experience. Maybe boleh bagi guide untuk orang lain.

Apa itu Fibroadenoma?

~Gambar sumber dari Google.com~

Mengikut kefahaman daripada pembacaan dan pengalaman elyn sendiri, fibroadenoma adalah sejenis breast lump (ketumbuhan berupa benjolan tisu keras) yang bukan kanser. Ia bersifat kenyal dan mudah bergerak di bawah kulit. Ia juga boleh mengecil atau membesar dan sesetengahnya akan hilang begitu sahaja. Terdapat dua keadaan mereka yang mempunyai fibroadenoma iaitu tidak sakit atau sakit jika disentuh. Mereka yang disahkan doktor mempunyai fibroadenoma perlu sentiasa memeriksa tumbesarannya kerana jika melebihi 4cm, pesakit dinasihatkan membuangnya. Ia juga berkemungkinan menjadi kanser jika membesar atau mempunyai tanda kanser yang lain. Walaupun peratusan menjadi kanser adalah kecil, pesakit masih perlu berhati-hati.

Bagaimana tahu ada Fibroadenoma?

Paling mudah, diri sendiri kena rajin cek breast. Tiap-tiap hari kena cek. Macam mana nak cek? Ala..breast sendiri, sendiri pegang la..make sure cek sampai ke ketiak. Kalau rasa macam ada ketulan keras yang boleh bergerak, bila ditekan tapi tidak sakit, itu berkemungkinan besar adalah fibroadenoma.

Apa yang perlu dilakukan jika terkena Fibroadenoma?

Perkara pertama yang kena buat adalah pergi ke klinik biasa untuk mendapatkan kepastian doktor. Macam elyn, elyn pergi in-house clinic sebab guna medical card. So tak payah nak keluar duit. Hihi. Make sure doktor di klinik itu adalah doktor perempuan. So tak ada la rasa segan sangat kan. Sebab doktor akan tengok dan pegang breast. Kalau tak tengok dan tak pegang, macam mana doktor nak tahu kan. Tapi kalau dah tak ada doktor perempuan, redha je la. Kalau di klinik itu ada scanner, doktor akan terus scan breast kita untuk tengok berapa saiz lump tersebut. Then doktor akan buat satu referral letter untuk rujukan ke hospital.

Apa prosedur di Hospital?

Ok elyn bagi situasi di KPJ Seremban Specialist Hospital ye sebab hari tu elyn buat surgery dekat hospital ni. Macam biasalah, kalau kita tak pernah pergi hospital tu, kita kena register dulu. Nanti staf tu akan tanya, kita nak pilih surgeon yang mana satu sebab ada 3 surgeon kat hospital tu. So pilih la mana yang berkenan. Next, kalau kita guna company insurance, kita kena verify GL. Then staf tu akan inform kita untuk pergi ke bilik surgeon yang kita dah pilih tadi tu.

Breast Scanning

Surgeon akan cek breast kita, then kita kena pergi Diagnostic Imaging Department pulak untuk doktor scan breast kita. Kalau guna scanner ni, lebih jelas berapa saiz lump tersebut. Lepas dapat result, datang balik jumpa surgeon tadi dan bagi dia result yang kita dapat tadi. Then, dia akan bagi kita pilihan either nak remove that lump or not. Depends on us. Nak remove boleh, tak nak pun takpe. Kalau nak remove, ada 2 pilihan either nak bius setempat or bius 1 badan. If tak nak remove, doktor akan ambil sampel tisu breast lump tu dengan cara cucuk sikit dekat lump tu. Cara dia macam ambil darah la. Tapi yang ni bukan ambil darah, tapi ambil tisu untuk make sure this lump is not cancer.

Berapa lama tempoh pembedahan pembuangan Fibroadenoma?

Based on my experience, tempoh masa untuk buang fibroadenoma adalah lebih kurang dalam 40 minit. Itu untuk satu breast lump yang agak besar saiznya. Kalau banyak nak kena buang, maybe takes time lagi la kan. Elyn hari tu surgeon suruh bius setempat je sebab katanya tak sakit pun. So elyn pun setuju je la. Honestly memang tak sakit. Masa dia bius dekat breast pun rasa macam kena inject biasa je la. Rasa macam kena gigit semut. Yang sakit pun, masa dia nak keluarkan lump tu sebab dia tekan breast kuat gila kot nak bagi benda tu keluar. Nak tak nak tahan je la. Huhu. Oh btw, kalau kita pilih nak bius setempat, maknanya breast je yang akan dibius. Kita memang tak akan tidur pun time tu. So bunyi gunting ke apa ke memang akan dengar dengan jelas. Umpama dibedah secara sedar la cuma tak rasa sakit je.

Berapa kos pembedahan pembuangan Fibroadenoma?

Overall total cost adalah berjumlah RM27++.++

Bagaimana dengan parut?

Awal-awal ni of course la ada kesan parut. Tapi surgeon yang elyn pilih ni memang bagus. Dia operate di bahagian yang kurang menampakkan kesan parut iaitu kawasan di sekitar nipple. Paham-paham sendiri la ye. Nak lukis malas pulak rasa. Haha. Lepas selesai operate tu, kita tak boleh bagi kawasan tu kena air lebih kurang 5 hari. Then after 5 days, datang balik jumpa dia, dia akan bagi ubat untuk hilangkan parut iaitu Dermatix. So apply to that area 2 kali sehari selepas mandi. InsyaAllah..lama-lama hilang la parut tu. Hehe.

Panjang gila entry kali ni kan? Haha. Memang duduk atas katil, update entry ni je. Kalau ada apa-apa yang tak faham atau confuse ke, boleh tanya dekat bahagian komen ok. 

Thanks for reading..^_^

Untungnya Jadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Elyn rasa bertuah sangat sebab dapat kenal dengan Kak Ainul yang banyak bagi elyn pencerahan tentang Shaklee. Terima kasih akak! Niat elyn asalnya nak beli 2 jenis vitamin dari produk Shaklee bertukar kepada join jadi ahli Shaklee terus. Kenapa? Sebab bila jadi ahli Shaklee, elyn dapat beli produk Shaklee dengan harga ahli yang jauh lebih murah daripada harga pasaran. Banyak lagi kelebihan jadi ahli Shaklee ini. Kalau nak tahu, boleh hubungi elyn okay. ^_^



Facebook: Dzailin Dzulkaflie
SMS: +60102665956
Email: dzailindzulkaflie@gmail.com





up