Review Makanan di Mango Garden Restaurant

by - October 02, 2015

Assalamualaikum..ha ni mesti nak tahu sedap ke tidak makanan di Mango Garden Restaurant ni kan? Hehe..Ok jemput baca ye..

Lepas je kami suami isteri habis melawat Rumah Terbalik tu, kami terus decide untuk makan di Mango Garden Restaurant ni.

Setiap tiket yang dibeli ada 10% discount untuk makan di Mango Garden Restaurant. Tapi kalau kita ada 2 tiket, itu tidak bermaksud kita dapat 20% discount untuk makan di situ. Cashier akan ambil 1 sahaja tiket itu untuk 1 resit.

Ini kerja suami yang suruh isterinya bergambar di depan Mango Garden Restaurant.
  
Sambil tunggu makanan siap, jom kita wefie dulu. Nak tahu apa yang kami order? Tengok gambar-gambar di bawah.

Nasi putih - RM2.25

Ikan Goreng Kerabu Mangga - RM20.60

Manuk Tinapah - RM20.60
 
Mango Juice - RM8.40

Milk Tea Cold - RM7.25

So total termasuk GST and tolak 10% discount = RM55.20
Bagi aku memang harganya mahal. Patutlah bila kami masuk restoran je macam tak ada orang. Ada la dalam 2 3 orang masa tu. Tapi mahal-mahal pun, kami puas hati sebab semuanya SEDAP!

You May Also Like

3 7 Comments