Tutorial DIY Veil Nikah

Assalamualaikum pembaca blog Elyn! ^_^
Hari ini Elyn nak ajar steps untuk DIY veil nikah. Seriously simple. Tak payah dah nak beli online atau tempah kat orang lain yang cajnya kemain mahal. Buat sendiri lagi jimat uols. Meh Elyn ajar!

Step 1: Beli kain net atau chiffon yang nipis di kedai kain. Kepanjangan bergantung kepada berapa labuh veil yang kita nak pakai. Macam Elyn beli 2 meter tapi pakai dalam 1 meter setengah je rasanya.

Step 2: Lipat 2 kain net tu dan pinkan supaya tak bergerak. Then, potong seperti dalam gambar di bawah.

Step 3: Untuk veil kelihatan lebih cantik bila dipakai, potong bahagian curve tu supaya straight sedikit. Susah nak cakap macam mana, so korang tengok je la gambar kat bawah ye.

Step 4: Jahit border lace pada kain net yang telah siap dijahit tepi seperti dalam gambar di bawah.

Ha..inilah hasilnya! Simple je kan. Hehe. Actually bahagian bawah tu ada lace lagi Elyn buat tapi lupa nak ambil gambar. Once dah ambil nanti Elyn akan update dekat post ni ye.

Keywords:
Tutorial DIY veil nikah
Tutorial DIY veil kahwin
Tutorial DIY veil tunang
Cara buat veil nikah paling simple

up