Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu

Assalamualaikum and hi! Kali ini elyn nak cerita sedikit mengenai Pantai Tanjung Aru yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Disebabkan elyn sampai KKIA lebih kurang jam 9.10am, so lepas je ambil kereta sewa di airport, elyn and husband terus menuju ke Pantai Tanjung Aru. Saje nak jalan-jalan tepi pantai kan.

Pantai Tanjung Aru ni terbahagi kepada tiga iaitu First Beach, Second Beach and Third Beach. Yang elyn pergi hari tu adalah First Beach sahaja. Pantai ni sangat dekat dengan KKIA terminal 2. Tak sampai setengah kilometer pun. Kat tepi pantai ada restoran dan juga foodcourt. Boleh pilih nak makan kat mana yang korang suka. Time elyn pergi ni waktu pagi so keadaan agak sunyi la. Tak ramai orang sangat. So kalau pergi waktu pagi memang bosan la sebab kedai makan pun tak buka lagi. Kehkehkeh. Kalau pergi waktu petang ke malam mungkin meriah sikit kot. Masuk je entrance kena ambil tiket dan bayar RM0.50 time nak keluar kat gate nanti.

Btw, kat Pantai Tanjung Aru ni juga ada resort yang mewah iaitu Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa. Tempat memang meletop habis! Boleh usha website dorang.

Jalan-jalan tepi pantai ambil gambar je la yang mampu.

Kat mana-mana tempat pun 2 bendera ni mesti ada. :)

Asal Usul 7 Nama Tempat Di Sabah Yang Orang Tidak Tahu

1) Menggatal

Menggatal berasal daripada nama sejenis pokok mangga yang menghasilkan buah yang boleh menyebabkan kegatalan apabila dimakan. Nama tempat itu pada asalnya disebut Mangga Gatal. Tetapi lama-kelamaan tempat itu diringkaskan dengan sebutan Menggatal.

2) Tawau

Tawau berasal daripada perkataan Tawai. Tawai merupakan cara orang-orang dahulu memancing ikan. Suatu ketika dahulu Tawau ini adalah sebuah perkampungan nelayan.

3) Penampang

Penampang berasal daripada nama salah sebuah kampung yang terawal di daerah itu iaitu Kampung Penampang. Ia berasal daripada perkataan Kadazan yang bermaksud batu besar di mana terdapat banyak batu besar di kampung tersebut.

4) Putatan

Putatan berasal daripada nama sejenis pokok yang digelar Pokok Putat yang tumbuh dengan banyak di daerah tersebut.

5) Papar

Papar berasal daripada perkataan Melayu Brunei yang bermaksud tanah rata. Papar terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei suatu ketika dahulu.

6) Tuaran

Tuaran berasal daripada perkataan tawaran yang bermaksud jualan atau tawar atau promosi atau diskaun. Ia berasal daripada aktiviti jual-beli yang berlaku antara para penduduk bumiputera dengan para nelayan pantai dan masyarakat Cina pantai.

7) Kota Belud

Kota Belud berasal daripada bahasa Banjau iaitu kota yang bermaksud kubu pertahanan dan belud yang bermaksud bukit. Jadi, Kota Belud dirujuk sebagai Kubu Pertahanan di atas Bukit.

Maksud nama tempat Menggatal
Maksud nama tempat Tawau
Maksud nama tempat Penampang
Maksud nama tempat Putatan
Maksud nama tempat Papar
Maksud nama tempat Tuaran
Maksud nama tempat Kota Belud


Itinerary 4 Hari 3 Malam ke Kota Kinabalu

Assalamualaikum..hai! Dah lama elyn tak update blog ni. Now baru ada semangat nak update blog memandangkan elyn baru sahaja pulang dari Kota Kinabalu baru-baru ini. So sekarang elyn akan share dengan korang itenarary atau tentatif ke Kota Kinabalu selama 4 hari 3 malam di sana.

Btw, ada banyak lagi tempat menarik yang elyn tak sempat nak pergi. InsyaAllah next time akan repeat lagi ke KK!

Hari Pertama

Jalan-jalan di Pantai Tanjung Aru
Usha pakej-pakej Island Hopping di Jesselton Point
Breakfast di Restoran Islamic
Check-in Century Hotel
Beli barang-barang makanan di kedai runcit dan 7eleven yang berhampiran dengan hotel
Kembali ke hotel

Hari Kedua

Beli tiket ke 3 buah Pulau (Mamutik, Manukan, Sapi) di Jesselton Point
Parasailing di Pulau Mamutik
Snorkeling di Pulau Mamutik, Manukan dan Sapi
Lunch di Pulau Manukan
Dinner di Lot 10 Anjung Senja
Kembali ke hotel

Hari Ketiga

Check-out hotel
Melawat Rumah Terbalik di Tamparuli
Lunch di Mango Garden Restaurant
Check-in Dreamtel
Dinner di kedai makan berdekatan dengan Pasar Malam Kg Air
Beli brooch di Pasar Malam Kg Air
Kembali ke hotel

Hari Keempat

Breakfast di hotel
Jalan-jalan di Centre Point Sabah, Oceanus Mall dan Suria Sabah
Lunch di D'Lengkuas
Shopping di Pasar Filipina dan Pasar Ikan Masin
Kembali ke KKIA

*Details untuk setiap tempat akan elyn update kemudian


up