Manfaat Berkongsi Pengalaman Terkena Penyakit Fibroadenoma

Assalamualaikum..Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi mu ini Ya Allah. Hari ini elyn buka email dan ada beberapa komen dari blog yang masuk. Antara post yang popular dalam blog elyn adalah post "Aku Terkena Penyakit Fibroadenoma". Masa elyn kena mula-mula dulu, jenuh juga la elyn browse sana sini cari info mengenai penyakit ini. Sebab itu kali pertama elyn dengar penyakit Fibroadenoma. So elyn share pengalaman elyn dari awal sampai akhir dalam post tu. Tak sangka pula ramai juga yang kena penyakit tu dan ada juga yang tanya pasal kos rawatan, sakit ke tidak masa operate, pantang makan macam mana dan macam-macam lagi. Mana yang elyn tahu, elyn akan jawab pertanyaan tu. Cuma kat sini elyn doakan yang terbaik kepada sesiapa yang ada penyakit tu. Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian.

Actually elyn rasa bersyukur sangat sebab kita dapat bantu orang lain dengan hanya share pengalaman yang kita ada melalui blog. So kepada yang ada blog tu, jadikan blog anda sebagai salah satu platform yang boleh membantu orang lain sebanyak yang mungkin.

“Don’t focus on having a great blog. Focus on producing a blog that’s great for your readers.” - Brian Clark.

0 7 Comments:

Post a Comment


up