Berjaya Menjana Pendapatan dengan 8Share. Benar atau Bohong?

by - March 15, 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini aku nak share sedikit info tentang 8Share. Kepada yang tidak tahu apa itu 8Share atau macam mana nak guna akaun 8Share, boleh baca POST ini.

Actually dah bertahun-tahun aku join 8Share ni. Sejak dari aku kat UTM lagi. Masa tu nama dia YouthSays. So memang aku dah lama sangat dengan 8Share ni. Nampak tak begitu setianya aku dengan 8Share. Kikiki.

Ada yang tertanya-tanya, betul ke boleh jana pendapatan dengan 8Share? Jawapan aku adalah ya! Kalau tidak, dah lama aku tinggalkan 8Share ni. Alhamdulillah 8Share merupakan salah satu side income aku. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok gambar-gambar yang aku letak kat bawah ni.


Ini masa 8Share buat game untuk completekan setiap level yang ada. Walaupun RM2 je tapi kalau dikumpul jadi banyak juga. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. 

Menang masuk giveaway yang 8Share buat. Dapat RM50 Cotton On gift card. Aku ingat lagi, gift card ni aku guna untuk beli seluar tidur untuk aku dan ibu aku. Kena la topup duit sendiri juga sebab mana cukup belanja RM50 kat Cotton On. Kah!

Masuk contest lagi dan menang lagi. Alhamdulillah, kali ni dapat RM500 Watson Vouchers. Wow! Banyak tu. Siapa nak bagi kan! Untung 8Share bagi! Jenuh nak habiskan voucher tu semua. Haha.

Dapat lagi reward. Alhamdulillah.

Menang lagi giveaway. Tapi terpaksa tolak sebab tak free untuk hari tu dan lagipun dah tengok wayang filem FF7 ni. Hehe.


Ini adalah jumlah duit dalam akaun aku sekarang. Tak banyak pun tapi boleh la buat untuk bayar DiGi Postpaid aku tu kan. Haha.

Ini testimoni yang aku share dekat page 8Share. (Tembam betul pipi aku time ni.)

Nak side income macam aku juga? Boleh REGISTER kat sini. Jangan risau..semuanya FREE! ^_^

Keywords:
Side income with 8Share
The best website for side income

You May Also Like

0 7 Comments