Renew and Transfer Domain

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni aku nak share tentang domain transfer. Baru-baru ni aku transfer domain aku dari GoDaddy ke DomainPlus. Meh aku bagitahu sebabnya kenapa aku transfer domain tu. Sebabnya bila aku nak renew domain untuk kali yang kedua, harga dia sangat mahal. Takde lagi dapat diskaun best macam dulu. Sobs. Boleh tengok gambar yang aku letak kat bawah ni.

Harga untuk renew domain tahun pertama. Harga sebelum diskaun = RM53.99


Diskaun 35% untuk first year renew.

Harga selepas diskaun = RM32.67

Harga untuk renew domain tahun kedua. Harga sebelum diskaun = RM68.17

Harga selepas diskaun = RM64.17
Diskaun RM4 je? So sad~

Aku dah berpatah hati untuk setia dengan GoDaddy. So aku buat keputusan untuk transfer domain ke tempat lain yang lebih murah harganya. Google punya google akhirnya aku jumpa dengan DomainPlus. Alhamdulillah support staff mereka memang bagus. Segala persoalan yang ditanya pasti dijawab. Bila dah transfer domain ni kau punya blog dah tak boleh diakses guna .com lagi. Kena setting semula. Part tu aku blur. So aku minta tolong support staff mereka untuk settingkan balik. Alhamdulillah segalanya selesai. Yay!

Nasihat aku untuk sesiapa yang baru nak beli domain sendiri tu, boleh la beli dengan GoDaddy sebab harga mereka offer memang tak masuk akal. Memang murah gila. Ada yang tak sampai RM10 pun. Tapi kalau time nak renew nanti, kalau agak-agak harga dia atas RM50, boleh la transfer je domain tu ke tempat yang lebih murah. Dengan itu korang dah berjimat banyak. Hihi. [Habis aku kalau team GoDaddy baca ni.] -.-



Keyword:
Tips renew domain
Steps to transfer domain

0 7 Comments:

Post a Comment


up