#MyTravelokaEscapade to Tokyo!

Traveloka..Traveloka..memang kau hebat! Sebab kau dapat meneka dengan tepat yang aku perlukan holiday sekarang ni. Phew! Bila dah hujung tahun ni paham-paham je lah sibuk dengan projek macam mana kan. Lepas tu stress jangan cakap la. Rasa macam nak larikan diri dan pergi vacation puas-puas! Tiba-tiba teringat la pulak percutian impian kami suami isteri untuk ke Tokyo yang masih lagi belum tercapai. Tak tahu la bila boleh jejakkan kaki ke bumi Tokyo tu sebab duit pun tak berapa mengizinkan kami untuk bercuti ke luar negara.😢 Disebabkan aku selalu belek traveloka.com.my ni, sekali ternampak pulak contest 'You need a holiday lah!' Kalau ada rezeki, dapat la peluang melancong ke Tokyo yang disponsor oleh Traveloka. Amin. Hihi.😃Jom baca coretan #MyTravelokaEscapade aku ke Tokyo!

Seperti yang kita semua tahu, Tokyo merupakan bandaraya termoden di Jepun yang mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh kita lawati. Seni bangunan dan budaya yang menarik juga menjadi salah satu sebab aku dan suami teringin nak pergi ke sana. Jadi janganlah rasa pelik kenapa Tokyo menerima lawatan berjuta-juta pelancong setiap tahun. Aku juga berharap suatu hari nanti aku dapat menjadi salah seorang pelancong di Tokyo. Amin.

Kat bawah ni aku senaraikan 6 Tempat Menarik yang WAJIB pergi kalau ke Tokyo.

1. Gunung Fuji
Credit to http://www.melancongkejepun.com/
Sesiapa yang minat mendaki gunung tu mesti Gunung Fuji menjadi salah satu tempat yang wajib hikers pergi. Gunung Fuji adalah gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776.24 m (12,389 ft). Di sekeliling Gunung Fuji ni pulak ada 5 tasik yang awesome iaitu Tasik Kawagushiko, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko. Best gila kalau dapat tengok depan mata semua ni. Huhu. Dah la aku dan suami memang minat mendaki gunung. Kalau dapat naik Gunung Fuji tu memang satu nikmat la dapat tengok pemandangan yang cantik ni semua dari atas gunung. Fuhhhhh! Cuba tengok rate hotel di sekitar Gunung Fuji ni. Kalau book dengan Traveloka, memang berbaloi okay! Lagi-lagi kalau book melalui Traveloka App. Tak percaya? Tengok gambar kat bawah.
Ha...murah je kan..takde la jauh sangat pun dari Mount Fuji tu..dalam 13km je..

2. Roppongi
Credit to http://www.melancongkejepun.com/
Roppongi merupakan tempat yang kita boleh tengok seluruh pemandangan Tokyo daripada dek pemerhati Roppongi Hill. Kat situ kita boleh nampak Mori Tower yang merupakan bangunan tertinggi di Roppongi yang berdiri megah macam dalam gambar tu.

3. Disneysea
Credit to http://www.melancongkejepun.com/
Haaaa...sebelum ni kita asyik dengar Disneyland je kan? Jom pergi Disneysea pulak! Disneysea ni merupakan taman tema fantasi yang dibina untuk golongan dewasa. Disneysea dibina berdasarkan lagenda laut. Cantik gila kan?! Fuhhhh..tengok gambar pun dah terbeliak mata. Macam mana la pulak kalau dah depan mata esok. Haha!

4. Shinjuku Gyoen National Garden
Credit to http://www.pixdaus.com/
Untuk pengetahuan korang, Shinjuku Gyoen National Garden ni merupakan taman tradisional yang tertua di Jepun. Kat sini kita boleh tengok French Garden dan English Garden. Biasanya kat sini jadi tempat santai-santai bersama family bagi masyarakat Jepun pada musim bunga mahupun luruh. Teringin sangat-sangat nak tengok keindahan taman ni. Confirm cantik dan bersih! Lenguh la tangan duk selfie and upload je kerja aku. Haha!

5. Nakamise Shopping Street
Credit to http://goldtour-japan.jp/
Nakasime Street ni terkenal sebagai deretan kedai yang menjual pelbagai cenderahati tradisional Jepun yang unik dan menarik. So wajib la singgah sini before nak balik ke Malaysia untuk beli cenderahati buat family dan kawan-kawan. Orang jauh jangan dilupakan. Hihi.

6. Shibuya
Shibuya ni merupakan kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia yang dikenali sebagai Shibuya Crossing. Aku rasa teruja nak melintas kat situ. Haha! Siap tengok video lagi macam mana keadaan orang melintas kat Shibuya Crossing ni. Mula-mula tengok macam impossible je semua orang nak lintas kat jalan tu dalam masa yang sama. Rupanya possible okay! Hebat betul. Haha.
Kalau pergi ke Tokyo, mesti la kena cari tempat penginapan kat sana kan? So book je dengan Traveloka. Senang! Traveloka ni memang boleh dipercayai. Untuk pengetahuan korang, book hotel dengan Traveloka ni memang menguntungkan. Itu aku tak tipu. Bukti kat gambar atas ni. Dah 3 kali aku book hotel dengan Traveloka termasuklah upcoming punya vacation. Memang tak pernah mengecewakan aku sebab dorang bagi diskaun kaw kaw punya!😎
Masih tak percaya? Aku siap promote lagi dekat kawan-kawan aku suruh guna Traveloka kalau nak book hotel sebab Traveloka tak pernah kedekut dengan customer. Haha! Terbaiklah! Thank you Traveloka! Aku akan sentiasa jadi pelanggan setia Traveloka. ;)
Traveloka..Everything is final price with no hidden cost!

up