Anggun Bergaya di Pagi Raya

Assalamualaikum/Hi kepada awak yang sedang membaca tu! Hehe. Mesti semua sekarang dah tercari-cari baju nak pakai masa raya nanti kan? Yela..Aidilfitri bakal tiba tak sampai 2 minggu je lagi. Confirm la ada di antara korang ni yang dah beli pun baju raya kan. Silap silap before Ramadhan lagi dah beli baju raya. Kahkah! Apa warna tema korang tahun ni? Mai la share sikit dengan elyn. Hehe. Oh ya! Sebelum elyn terlupa, kepada semua blogger, jom la join Lazada Ramadhan Raya 2017 Blogger Contest ni. Mana la tahu kalau ada rezeki boleh menang Lazada Shopping Voucher taw!

Ok berbalik kepada entry. Macam tahun lepas elyn & suami pakai baju raya warna turquoise & peach. So tahun ni kita pakai color lain la pulak kan. Fikir punya fikir akhirnya timbul la idea nak jadikan warna black & fuchsia sebagai warna tema baju raya 2017 kami. Haaa..kalau tak tahu warna fuchsia tu macam mana, nanti kat bawah elyn tunjuk ye.

Biasanya kalau masa raya elyn selalu pakai baju kurung je. Tapi untuk tahun ni rasanya perlu kelainan sikit la. Elyn plan nak pakai maxi dress bersama shawl bercorakwedge and simple handbag. Tapi kalau kita keluar pergi shopping nak cari baju raya, shawl, kasut, dan handbag ikut warna dan design yang kita nak, belum tentu lagi kita jumpa kat butik tu. Kalau dah ada design yang berkenan, saiz pulak takde! Selalu jadi macam tu. Memang sedih gila rasa sampai fed up dah nak jalan cari baju raya. Huhu. So tahun ni tak perlu dah nak rasa semua tu. Tak perlu nak bersesak dengan orang ramai, buang masa, tenaga, minyak dan tol. Cara paling mudah, cepat dan selamat adalah beli secara online di LAZADA! Yang paling penting JIMAT!

Klik, klik, klik haaaa dah jumpa semua yang elyn berkenan untuk OOTD masa raya nanti. Memang kena betul dengan warna tema yang elyn pilih. Perfecto! Mai tengok baju raya, tudung raya, kasut raya, dan handbag raya yang elyn berkenan sangat kat Lazada ni. Hihi.

Haaa..cantik kan semua barang-barang kat Lazada ni. Murah murah pulak tu. Huhu. Korang boleh dapatkan Raya Fashion korang kat Riang Ria Raya Fashion. Diskaun sehingga 80% taw! Kat situ senang la korang nak filter Brand apa yang korang suka dan berapa maximum budget yang korang peruntukkan untuk shopping raya ni. So takde la masalah overspend. Hihi.

Btw, sekarang ni tengah berlangsung SALE Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya di Lazada dari 19 Mei hingga 30 Jun. Diskaun sehingga 90% wehhhh! Jom usha cepat! Banyak gila barang yang best best tengah on sale! Rugi tak grab cepat! Lambat grab, habis! Korang boleh KLIK SINI untuk tengok apa yang tengah ON SALE sekarang ni.

Selamat bershopping semua!!!

Backpack to Pulau Perhentian

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah trip kami suami isteri selama 3H2M ke Pulau Perhentian berjalan dengan lancar. Sebenarnya kami book tiket 4H3M. Tapi disebabkan tak nak rushing waktu balik dari Pulau Perhentian, so kami decide untuk stay 3H2M sahaja di Pulau. 1 hari lagi kami bermalam di Kota Bharu. Dalam post ini aku akan share full itinerary dan beberapa tips yang wajib korang baca kalau ada plan nak pergi ke Pulau Perhentian buat pertama kalinya.

Sebenarnya trip ke Pulau Perhentian tiada pun dalam plan kami sebelum ini. Kebetulan masa tu AirAsia ada buat Free Seats. So aku macam biasa akan terus cari tiket yang murah masa tu. So ternampak la tiket ke Kota Bharu murah gila masa tu. Hanya RM20/pax return. Murah gila kan? Tanpa berfikir panjang, terus je aku beli tiket tu. Lepas tu baru kami decide nak pergi mana. Baru la timbul idea pergi Pulau Perhentian. Walaupun Pulau Perhentian di Terengganu, tapi lagi dekat kalau naik flight ke Kota Bharu. Then dari Airport Kota Bharu terus ke Jetty Kuala Besut. Tapi kalau korang nak naik bas, boleh la direct ke Terminal Bas Kuala Besut. Dari situ kena jalan kaki dalam 10 minit ke Jetty Kuala Besut.

Bila dah sampai Airport, kami naik mini van bersama 2 orang lagi foreigners. Dapatlah harga RM25/pax. Tiket boat transfer pun kami beli dengan abang tu juga. RM70/pax return. Kalau ikutkan RM60 pun boleh dapat. Tapi disebabkan kami naik van dengan abang ni, kena la beli dengan dia jugak tiket boat transfer. Huhu.

Sampai sahaja di Jetty Kuala Besut, kami kena bayar tiket masuk ke Marine Park sebanyak RM5/pax. Lepas tu baru tunggu bot untuk ke Pulau Perhentian. Bot pergi ada untuk setiap satu jam. Agak lama jugak la nak tunggu bot tu datang. Perjalanan dari Jetty Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa lebih kurang 30minit. Pakcik bot tu akan tanya korang stay kat mana. So dia akan hantar ikut lokasi korang stay. Macam aku and husband stay kat Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian Kecil. Pakcik tu akan hantar kami ke Jetty Coral Bay sebab dekat je Ombak dengan Jetty tu. 
Kami sampai awal di Pulau Perhentian. Kami terus ke Reception untuk check-in. Disebabkan kami sampai awal, terpaksalah tunggu sampai jam 2:30pm untuk check-in bilik. Nasib baik dapat free welcome drink daripada Ombak Dive Resort untuk setiap guest yang check-in. Kami diberi orange juice + 500ml botol mineral water. Dapatlah lepak-lepak kat Ombak Cafe tu dengan free WiFi yang ada kat situ. Stay dekat Ombak Dive Resort is highly recommended! Bilik dia cantik dan selesa. 
Keesokan harinya baru kami bayar untuk pakej long trip snorkeling sebanyak RM40/pax under Ombak Snorkeling Trip. Pakej long trip tu cover 6 point termasuk lunch seperti yang aku senaraikan di bawah. Start 10:30am dan berakhir jam 04:30pm. Kalau korang stay lama di Pulau Perhentian ni boleh la ambil pakej Rawa Island untuk keesokan harinya pulak. InsyaAllah kami akan repeat untuk ke Rawa Island dan stay di tempat lain pulak lepas ni. Hehe.
  1. Turtle Beach/Coral Point
  2. Turtle Point
  3. Shark Point
  4. Lunch at Fisherman Village (lunch bayar sendiri)
  5. Light House
  6. Romantic Beach
Selesai je snorkeling, kitorang decide untuk ke Windmills, Long Beach pada keesokan paginya. Ada 2 cara untuk ke Windmills. Samada menaiki bot atau hiking. Macam biasa..kami pilih untuk hiking. Masa perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Ombak Dive Resort. Kalau nak hiking, kena lalu jalan ke Ombak Dive Resort. Straight je sampai jumpa signboard ke Long Beach. Then ikut je jalan tu sampai la jumpa Ewan's Cafe. Ikut je jalan tepi Ewan's Cafe tu. Jalan terus sampai jumpa signboard ke kiri untuk ke Windmills. Then nanti ada jumpa tempat construction. Ikut jalan belah kanan. Kena hati-hati jalan kat situ. Then belok kanan turun bukit sikit pastu belok kiri. Pastu nanti ada je signboard ke Windmills. Ikut je signboard tu. InsyaAllah tak sesat. Pengalaman kami hiking ke Windmills, kami jumpa dengan 5 ekor biawak yang besar gila saiz dia di tempat-tempat yang berlainan. Terkejut aku dibuatnya. Nasib baik ada my husband tukang halau biawak-biawak tu semua. Haha.

Kat bawah ni full itinerary dan tips yang aku share dengan korang.


12/04/2017

06:35am – Flight to KB – RM20/pax (bought during AirAsia Free Seats on 4/9/2016)
07:35am – Sampai di Airport Kota Bharu
09:00am – Naik mini van dari Airport Kota Bharu – RM25/pax
09:50am – Sampai di Jetty Kuala Besut
                  Beli tiket boat transfer ke Pulau Perhentian  – RM70/pax return
                  Breakfast di Jetty Kuala Besut
                  Bayar fee entry to Marine Park – RM5/pax
10:30am – Bergerak ke Pulau Perhentian
11:00am – Sampai di Pulau Perhentian
11:15am – Dapat free welcome drink from Ombak Dive Resort
02:30pm – Check-in bilik Ombak Dive Resort – RM370/room (Deposit RM100)
08:00pm – Dinner at Ewan’s Cafe

13/04/2017

07:00am – Bersiap dan free breakfast di Ombak Cafe
10:30am – Snorkeling to 5 point (Long Trip) – RM40/pax
12:30pm – Lunch at Kampung Nelayan
04:30pm – Done snorkeling dan sampai di Ombak Dive Resort
07:30pm – Dinner at Ewan's Cafe

14/04/2017

07:00am – Bersiap dan free breakfast di Ombak Cafe
08:00am – Bergerak menuju ke Windmill, Long Beach
08:30am – Sampai di Windmill, Long Beach
11:30am – Tunggu bot di Jetty Pulau Perhentian Kecil
12:00pm – Bergerak dari Pulau Perhentian ke Jetty Kuala Besut
12:30pm – Sampai di Jetty Kuala Besut
12:40pm – Lunch di Jetty Kuala Besut
01:00pm – Berjalan menuju ke Terminal Bas Kuala Besut
01:10pm – Sampai di Terminal Bas Kuala Besut
02:30pm – Naik bas Cityliner nombor 639 dari Terminal Bas Kuala Besut ke Kota Bharu – RM6/pax
04:00pm – Sampai di Terminal Bas Kota Bharu
04:05pm – Naik bas Cityliner nombor 9 dari Terminal Bas Kota Bharu ke Airport – RM1.80/pax
04:25pm – Sampai di Airport Kota Bharu

Total perbelanjaan di Pulau Perhentian:

Pengangkutan - RM122.80/pax
Penginapan - RM370/room
Snorkeling - RM40/pax
Marine Park fee - RM5/pax
Makanan/Minuman - RM98.10/couple (1 breakfast + 2 lunch + 2 dinner)
Total = RM803.70/couple

Tips di Pulau Perhentian:

  1. Beli flight ticket ke Kota Bharu masa Free Seats so dapat murah sikit harga.
  2. Kalau nak naik bas dari Airport, boleh naik bas Cityliner nombor 9 dari Airport KB (tunggu bas kat bus stop luar Airport) ke Terminal Bas KB. Then naik bas Cityliner nombor 639 dari Terminal Bas KB ke Terminal Bas Kuala Besut.
  3. Kalau sampai awal di Pulau Perhentian, korang boleh ambil short trip snorkeling dulu untuk tidak membuang masa menunggu masa untuk check-in.
  4. Ambil pakej snorkeling di Coral Bay lebih murah. Long trip (RM40/pax), Rawa Island trip (RM50/pax).
  5. Makanan di Ewan's Cafe lebih murah dan sedap.
  6. Makanan di Ombak Cafe lebih mahal. Hanya di Ombak Cafe sahaja yang boleh bayar guna Credit Card. Cafe lain semua cash only.
  7. Bagi korang yang takut biawak, elakkan hiking ke Windmills. Elakkan juga hiking pada waktu senja (kalau nak kejar sunset) mahupun pagi buta (kalau nak kejar sunrise) sebab kat situ kena lalu construction zone yang bagi aku agak bahaya kalau lalu waktu gelap. Pergi dengan menaiki bot lebih selamat dan cepat. Cuma perlu sediakan duit sahaja. Hihi. Tapi ikut korang la kalau korang nak hiking jugak.
  8. Boat transfer dari Pulau Perhentian ke Jetty Kuala Besut cuma ada pada pukul 8am, 12pm dan 4pm sahaja.
  9. Antara chalet yang okay dan kawasan yang bersih di Coral Bay adalah Sharila Resort dan Ombak Dive Resort. Yang lain bukan tak okay cuma aku tak berapa berkenan la. Lain orang lain taste. Haha!
  10. Kalau ada backpacker yang nak tidur dalam khemah, boleh pacak khemah kat Maya Chalet. Sewa khemah tak sure berapa.
  11. Kalau nak rasa stay kat private island, boleh stay kat D'Lagoon. Dekat je dengan Windmill. Tapi kawasan belakang D'Lagoon tu agak tak berapa bersih bagi aku. Lepas tu jauh la dari chalet-chalet lain. Tapi view pantai depan chalet tu memang mantap.

#emanelynhouse Lampu dan Kipas Termurah di Puchong, Selangor

Assalamualaikum. Rasanya dah ramai yang tahu kedai mana yang jual lampu dan kipas dengan harga yang murah kan? Tapi aku nak cerita jugak kat sini. Hahaha. Yes..memang puas hati beli lampu dan kipas kat kedai tu. Walaupun rumah aku kat Negeri Sembilan, gigih jugak aku beli lampu dan kipas kat Puchong. Nasib kami suami isteri memang kerja kat Klang Valley. So tak la jauh sangat nak pergi kedai tu kan.

Sebelum aku terlupa, kalau korang nak pergi kedai ni, dinasihatkan tak payah la bawak anak kecik sebab kesian budak tu kepanasan+kerimasan nanti. Haha. Bukan apa..kedai ni hari-hari macam pasar malam taw! Hari-hari penuh dengan manusia. First time aku masuk kedai yang pekerja dia sama banyak dengan customer. Huhu. Okay cakap panjang pun tak guna. Meh aku tunjuk antara lampu-lampu yang ada kat kedai tu. Memang cantik-cantik. Rambang mata oiiiii tengok. Rasa macam setiap bulan nak tukar lampu. Kemain kau mak jemah. Haha! 

Jom layan gambar lampu-lampu cantik kat bawah!
Kalau nak pasang downlight boleh beli kat sini. Ada bermacam-macam jenis downlight ada. Biasa ada, LED pun ada.
Aku beli yang jenis LED glass macam dalam gambar ni sebab Kontraktor plaster ceiling recommend aku untuk beli downlight jenis glass. Katanya tahan lama sikit. Beli brand NSB 18W. Harga dia RM33/unit. Yang dalam gambar tu 12W sebab gambar tu Kontraktor yang bagi.
Lampu gantung 3pcs RM69
Lampu gantung 6pcs RM129

Banyak lagi jenis-jenis lampu yang ada. Takde la aku nak ambil setiap gambar lampu kan. Berpinar mata tengok lelampu atas kepala. Haha. So korang yang nak datang kedai ni boleh taip je kt Waze tu Houses Lightings Puchong.
Houses Lightings Sdn Bhd
Tuesday - Saturday : 10:30am - 08:00pm
Sunday : 12:00pm - 5:00pm
Monday : OFF


#emanelynhouse Tinted Tingkap Rumah di Nilai, Negeri Sembilan

Assalamualaikum. Kalau korang tengah baca blog post ni maknanya mesti korang tengah cari tinted untuk tingkap rumah kan? Kikiki 😆 Meh aku share dengan korang tinted yang aku buat dekat rumah aku. Harga tu nak kata murah sangat tu tak la. Tapi tak la mahal sangat sebab ada je yang dapat harga lagi mahal dari aku dapat. Kalau nak murah sangat sila D.I.Y ye. Confirm murah gila. Haha!

Tinted ni ada pelbagai jenis dan warna. Ada warna hijau, biru, silver, dan macam-macam warna lagi. Jangan tanya aku tinted yang aku buat ni berapa layer sebab aku dah lupa 2 layer ke 3 layer. Haha! Untuk yang letak kat bilik air, Kontraktor ni bagi free je. So boleh pilih nak yang plain atau yang bercorak. Tapi disebabkan aku tak suka jenis bercorak, so aku pilih yang sama jenis dan warna tinted macam tingkap aku yang lain. Warranty 5 tahun taw! Haaa..tu yang best. Hihi.

Jom lihat hasil kerja beliau di bawah.
Tinted installation in progress in master bedroom
Tinted installation in progress at dining hall
Tinted has been installed in bedroom 1
Senarai harga:
  1. 3 panel sliding door
  2. 4 panel casement windows + 2 stationary windows at master bedroom
  3. 4 panel casement windows at bedroom 1
  4. 3 panel sliding windows at bedroom 2
  5. 3 panel casement windows + 2 panel casement windows at kitchen
  6. 1 awning windows at bathroom 1 and bathroom 2
Total = RM900

Kalau korang berminat untuk ambil Kontraktor ni untuk pasang tinted kat rumah korang, boleh try contact beliau di nombor berikut :
0192381577 (Ben)

#emanelynhouse Plaster Ceiling Termurah di Nilai, Negeri Sembilan

Assalamualaikum. Hai! Dah lama nak update pasal rumah ni sebenarnya. Tapi disebabkan busy dengan project, so niat nak update tu kena hold dulu la jawabnya. Now baru ada masa nak update. Hihi. Okay kita mulakan Part 1 dengan plaster ceiling dulu ye. Ha..nampak tak ada Part 1? So maknanya after this ada Part 2, 3, and so on la. Tapi jangan risau..semua part tu cerita lain-lain okay. Gitewww~

Lumrah la bila kita dah dapat kunci rumah je, first thing first mesti fikir pasal nak cantikkan rumah kan? Hihi. So plaster ceiling ni sudah semestinya termasuk dalam list korang yang ada impian nak guna downlight je kat rumah. Kalau nak guna downlight haruslah ada plaster ceiling. Entry pasal downlight pun nanti aku update ye.

Aku tak nak cerita panjang lebar. Jom straight to the point. Aku dah banyak survey harga plaster ceiling sebelum ni. Alhamdulillah aku jumpa Kontraktor yang pakar dalam buat plaster ceiling ni. Dah tu harga dia PALING MURAH antara list Kontraktor plaster ceiling yang aku dah contact la.

Jom lihat hasil kerja beliau kat rumah aku. Jemput layan gambar di bawah. 
Proses pemasangan plaster ceiling jenis L-Box di Living Hall dan jenis Flat di Dining Hall
Proses pemasangan plaster ceiling jenis Flat di Bedroom 2

Taraaa..dah siap! Aku tak buat cornice pun. Buat L-Box biasa je. Kipas tu sebenarnya terletak di tengah-tengah L-Box tapi tak nampak tengah la dalam gambar sebab ambil gambar angle dari tepi. Huhu.

Senarai harga:
  1. L-Box plaster ceiling at dining hall
  2. Flat plaster ceiling at living hall and bedroom 2
  3. Kos pemasangan 18 downlight + 4 lampu gantung + 5 kipas siling
  4. Kos penambahan 1 aircond point
Total = RM3380

Kalau korang berminat untuk deal dengan Kontraktor ni, boleh contact beliau di nombor berikut:
0166760033 (Ah Fatt)

up