#emanelynhouse Lampu dan Kipas Termurah di Puchong, Selangor

Assalamualaikum. Rasanya dah ramai yang tahu kedai mana yang jual lampu dan kipas dengan harga yang murah kan? Tapi aku nak cerita jugak kat sini. Hahaha. Yes..memang puas hati beli lampu dan kipas kat kedai tu. Walaupun rumah aku kat Negeri Sembilan, gigih jugak aku beli lampu dan kipas kat Puchong. Nasib kami suami isteri memang kerja kat Klang Valley. So tak la jauh sangat nak pergi kedai tu kan.

Sebelum aku terlupa, kalau korang nak pergi kedai ni, dinasihatkan tak payah la bawak anak kecik sebab kesian budak tu kepanasan+kerimasan nanti. Haha. Bukan apa..kedai ni hari-hari macam pasar malam taw! Hari-hari penuh dengan manusia. First time aku masuk kedai yang pekerja dia sama banyak dengan customer. Huhu. Okay cakap panjang pun tak guna. Meh aku tunjuk antara lampu-lampu yang ada kat kedai tu. Memang cantik-cantik. Rambang mata oiiiii tengok. Rasa macam setiap bulan nak tukar lampu. Kemain kau mak jemah. Haha! 

Jom layan gambar lampu-lampu cantik kat bawah!
Kalau nak pasang downlight boleh beli kat sini. Ada bermacam-macam jenis downlight ada. Biasa ada, LED pun ada.
Aku beli yang jenis LED glass macam dalam gambar ni sebab Kontraktor plaster ceiling recommend aku untuk beli downlight jenis glass. Katanya tahan lama sikit. Beli brand NSB 18W. Harga dia RM33/unit. Yang dalam gambar tu 12W sebab gambar tu Kontraktor yang bagi.
Lampu gantung 3pcs RM69
Lampu gantung 6pcs RM129

Banyak lagi jenis-jenis lampu yang ada. Takde la aku nak ambil setiap gambar lampu kan. Berpinar mata tengok lelampu atas kepala. Haha. So korang yang nak datang kedai ni boleh taip je kt Waze tu Houses Lightings Puchong.
Houses Lightings Sdn Bhd
Tuesday - Saturday : 10:30am - 08:00pm
Sunday : 12:00pm - 5:00pm
Monday : OFF


0 7 Comments:

Post a Comment


up