#emanelynhouse Plaster Ceiling Termurah di Nilai, Negeri Sembilan

by - February 08, 2017

Assalamualaikum. Hai! Dah lama nak update pasal rumah ni sebenarnya. Tapi disebabkan busy dengan project, so niat nak update tu kena hold dulu la jawabnya. Now baru ada masa nak update. Hihi. Okay kita mulakan Part 1 dengan plaster ceiling dulu ye. Ha..nampak tak ada Part 1? So maknanya after this ada Part 2, 3, and so on la. Tapi jangan risau..semua part tu cerita lain-lain okay. Gitewww~

Lumrah la bila kita dah dapat kunci rumah je, first thing first mesti fikir pasal nak cantikkan rumah kan? Hihi. So plaster ceiling ni sudah semestinya termasuk dalam list korang yang ada impian nak guna downlight je kat rumah. Kalau nak guna downlight haruslah ada plaster ceiling. Entry pasal downlight pun nanti aku update ye.

Aku tak nak cerita panjang lebar. Jom straight to the point. Aku dah banyak survey harga plaster ceiling sebelum ni. Alhamdulillah aku jumpa Kontraktor yang pakar dalam buat plaster ceiling ni. Dah tu harga dia PALING MURAH antara list Kontraktor plaster ceiling yang aku dah contact la.

Jom lihat hasil kerja beliau kat rumah aku. Jemput layan gambar di bawah. 
Proses pemasangan plaster ceiling jenis L-Box di Living Hall dan jenis Flat di Dining Hall
Proses pemasangan plaster ceiling jenis Flat di Bedroom 2

Taraaa..dah siap! Aku tak buat cornice pun. Buat L-Box biasa je. Kipas tu sebenarnya terletak di tengah-tengah L-Box tapi tak nampak tengah la dalam gambar sebab ambil gambar angle dari tepi. Huhu.

Senarai harga:
  1. L-Box plaster ceiling at dining hall
  2. Flat plaster ceiling at living hall and bedroom 2
  3. Kos pemasangan 18 downlight + 4 lampu gantung + 5 kipas siling
  4. Kos penambahan 1 aircond point
Total = RM3380

Kalau korang berminat untuk deal dengan Kontraktor ni, boleh contact beliau di nombor berikut:
0166760033 (Ah Fatt)

You May Also Like

8 7 Comments

  1. Nak tanya kemasan kontraktor ni ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..kemasan dy terbaik..👍😊

      Delete
  2. area shah alam kontraktor ni bleh datang tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try whatsapp Ah Fat tany dia..sebab saya tak sure..:)

      Delete
  3. Salam.. nak tanye.. kos atas nie termasuk lampu kipas ke? Maklumlah.. baru nak belajar..😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mubeen..kos di atas tak termasuk lampu kipas. Kalau nak beli lampu kipas murah, boleh bc blog post sy yg ni: http://www.dzailindzulkaflie.com/2017/02/emanelynhouse-lampu-dan-kipas-termurah.html?m=1

      Delete
  4. salam tuan,
    Harga ttuh termasuk kos wiring ker dan berapa harga sqft bagi L-Box ...in total, berapa sqft for plaster siling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Tuan,

      Harga tu termasuk kos wiring sekali..harga L-Box biasa RM10 sekaki..sy tak sure berapa sqft plaster ceiling sy tu tp klu harga L-Box tu termasuk 1 A/C point + 8 downlight point + 2 fan point = RM2700. Dia bg harga total terus kt sy aritu.

      Delete